Ekstrak Kacip Fatimah

Email Address:
Name & Phone:

Put a website form like this on your site.

Monday, March 19, 2007

jb3

Aku nak cerita pula kisah, bagaimana sepatutnya aku balik ke Kuala Lumpur pada malam Rabu.

Sebenarnya aku cuti hanya satu hari aje iaitu hari Rabu. Sepatutnya malam Khamis tu aku balik semula kat Kuala Lumpur. Tapi tak jadi.

Macam nie ceritanya :-
Semasa nak masuk kereta, tu semua bag pakaian dah letakkan kat depan, beranda(kata orang dulu-dulu) kecuali bag sandang(bag tangan). aku bawa masuk semula , takut pula dikebas orang. Sambil menunggu Long, Kak Siti Aishah, Junaidah berkemas, aku pun lepak-lepak dengan Faisal main 'game' kat Komputer. `Dah siap!" kata Long. Apalagi aku pun bergegas keluar. Kakar Ipar suroh aku pandu keta ke Hospital. Tak ingat langsung dengan Bag tangan cantik tu. Sampai aje kat Laman Hospital, aku pun tanya anak saudara aku, Zalena :"Mana Bag Tangan Mak Chik". "Entah" katanya. Apalagi melilaulah aku, mencari kat tempat duduk yang dah penuh tu. Siap-siap buka bonet lagi, nak tengok betul ke tak ada. Sah, memang tertinggal, (dalam ingatanku) aku tinggalkan dia atas meja makan. Full Stop. Cayalah.
'So' tak leh balik lah aku. Apo nak di kato!!!!!... tundalah cuti.

No comments: