Semalam 26 Nov, aku dijemput oleh anak buah kesayangan ku Wahidah ahmad menghadiri Hari Konvo di Uitm Shah alam. Dia mendapat anugerah Klas Pertama dalam Bidang Perakaunan.
Wahidah ini satu-satu anak buah ku yang suka ketawa, walaupun baru cakap beberapa patah perkataan. Kadang-kadang ketawa lagi banyak dari berkata-kata. Sikit-sikit ketawa, sikit cakap ketawa. Memang periang sungguh. kadang-kadang rasa malas nak dengar dia cakap, tapi rindu pulang nak dengnar dia gelak. Kalau hantar SMS pun hujung kata-kata yang ditulis mesti ada perkataan Hik... Hik... Ha.. Ha... Tak pernah Miss.
Aku bertolak dari Kuala lUmpur jam 5 petang. Setelah balik dari mendenagar cerama agama di Masjid Al-Ridzuan Hulu Kelang. Jam 6.45 ptg baru sampai di Hotel Penginapan Hotel D Arte. di section 7 shah Alam. Semua ahli keluarga Wahidah ada bersama kecuali kakak Ipar dia Azie , tidak dapat serta. Beliau ada di Pulau Pinang. Dengar Khabar Awal bulan Januari, nak bersalin.
Malam tu kami berjalan sekejap di Mymydin, yang letaknya tidak jauh dari Hotel kami. Setelah itu kami pergi makan di Kopitiam Hotel tersebut. Masing-masing memesanlah makanan kegemaran . Dari Roti Bakar, Roti kaya , Mee rebus, Kueh Tiau, Mee Hailam, ABC, Cendol dan lain-lain jenis air. Masakan di sana boleh dikatakan kurang menyelerakan kerana... kebanyakan nya terkurang rasa. terkurang gula bagi airnya. Pendeknya makan pun sekadar mengalas perut sahaja.
Ketika makan itu siaran Perlawanan Bolah sepak Pialla ... antara Malaysia dan Singapura sedang berlangsung. Kami pun turut sama mengikuti. Bilamana Bola menuju kemuka Goal pihak lawan, kami sama-sama berteriak mahukan GOOLLLL . Tetapi memang nasib tidak menyebelahi, kerana angin aje yang masuk. Lima enam kali jugaklah pemain Malysia memusatkan perhatian kearah pintu lawan. Norsharul (Mat Yoyo) teruk jugak nampaknya kena kepong dan dijatuhkan pihak lawan. Kesian dia. Malan itu setelah selesai menjamu selera kami kembali ke Hotel . Kami tinggal Perlawanan untuk separuh masa kedua dengan Malaysia telah dikalahkan 0-2 pada separuh masa pertama. Kami tidak menonton lagi selepas itu. Sebab masing-masing sudah kepenatan . Jadi buat tahi mata sudahlah. Paginya kami dapat berita Malaysia Tewas 0-3 kepada Singapura.
Apa pun Tak Boleh Jika Tidak Berusaha Untuk Mendapatkan Sesuatu Yang Di idamkan seperti Wang yang banyak, rumah besar, kereta besar, isteri besar cantik dan soleha. Perlu anjakan Yang Bertubi untuk mencapainya. Jangan Hanya Hangat-Hangat Ta__ A___
Monday, November 26, 2012
Pergi dengan ceramah Agama di madsjid Al-Ridzuan Hulu Kelang
Alhamdulilllah, pada hati minggu yang lalu 25 Nov 2012. dapatlah aku menginjakkan kaki di Masjid Al-riduzn di hulu kelang. Secara kebetulan pada 24hb aku hantar sms kepada kawan baikku Muzalifah dengan hanya menghantar "Assalamualaikum " sahaja. Dia pun balas dengan menjawab salam ku dan seterusnya mempelawa aku menghadirkan diri mengikuti cerama di masjid tersebut. Aku pun bersetujulah tetapi tidaklah aku janjikan pukul berapa nak datang. Biasalah jika nak ke Masjid dengar pula ceramah Agama ... tiba-tiba aje semua sendiri-sendi akan jadi sakit, badan jadi berat, kepala jadi pening, mata jadi mengantuk. macam-macamlah gangguan Syaitan lanaktullah yang mengiggit, meniup, menghembus, berbisik.
Pagi ahad itu aku pun berkemas agar cepat jugak, tetapi masih meneruskan kegiatan melingkar sehingga jam 8.30 pagi. +6
Pagi ahad itu aku pun berkemas agar cepat jugak, tetapi masih meneruskan kegiatan melingkar sehingga jam 8.30 pagi. +6
Wednesday, November 21, 2012
Undangan Perkahwinan Tahun 2012
tO gETHER wE SHARE THE rETIRE pROGRAM
Hari Ini telah dua bulan anankanda kesayangan ku meninggalkan aku sendirian. Sepi Tanpa Cerita. Selalunya apabila bersantai di atas tilam peninggalannya aku kan pasti menitiskan air mata mengingati saat indah semasa kami berdua melyari kehidupan dibumi Allah yang Maha luas dan penuh pancaroba ini. Acap kali air mata menitis mengenangkan dia yang telah tiada.
Pada bulan November dan Sehingga Disember ini merupakan musim cuti sekolah. Maka ramailah ibu bapa membina masjid baru untuk anak-anak mereka yang telah sampai jodoh dan pertemuan. Aku jugak tidak terlepas menerima undangan Keraian Majlis perkahwinan samada yang hanya mengadakan doa selamat atau majlis kesyukuran atau pun Majlis besar-besaran.
Pada 17hba November yang baru berlalu aku telah pun menghadirikan diri di rumah Keluarga Ibu tiriku untuk meraikan majlis Kesyukuran anak tiriku yang bernam Zukri. Majlis di pehak lelaki telah diadakan pada bulan September 2012. aku tidak menghadiri majlis tersebut kerana tidak sampai hati meninggalkan anakandaku Zalena sendirian , walaupun adik adik beliau menjaganya. Kini aku Pasrah walaupun akhirnya dia pergi jua. Sesungguhnya Allah Maha Penyayang.
Pada 18hb pula aku menghadiri majlis perkahwinan adik Ipah anak buahku Azlin pula. Sekejap sahaja pergi . Tiba dirumah pengantin perempun, hujan turun dengan lebatnya. Mujurlah ketika itu kami telah pun sampai dan tengah makan. Tidak lama selepas itu bunya Kompang pun bertalu=talu, menandakan Pengantin telah sampai untuk disandingkan di pelamin. Dapatlah aku mengetik satu dua keping gambar. aku cuma tahu nama pengantin perempuan itu SOFEA.
Malam 23 Nov ini aku dipelawa sahabat EtiQa aku untuk meraikan Majlis Kesyukuran beliau kali yang kedua di Seri Kembangan. Mudah-mudahan Allah melapangkan masa untukku pergi meraikan majlis tersebut. Sesungguhnya tempat untuk aku pergi itu amat asing. Makanya setelah tiada anakku aku kurang sedikit berjalan, sebab kegagalan aku membaca penunjuk jalan. Jika dulu dia lah yang mengarahkan aku belok ke kiri atau kenanan, samada perjalan itu jauh atau dekat.
Sementara pada seawal bulan Disember pula iaitu 2hb Disember 2012 ini aku telah pun menerima undangan meraikan majlis persandingan Adik Ipar anak buah ku di Kampung Tiga Nenek, Kota, Rembau Negeri Sembilan. Nama Pengantil lelaki Mohd Razeel bin Dayan dan perempuan pula Nurul. Aku mungkin pergi pada pagi sabtu. Walau aku bukan lahir dari kalangan keluarga ini tetapi Tok Wan Mudah bagai telah menganggap aku dan anakandaku zalena bagai keluarga mereka. Sekalipun kami tidak pernah tersisih meraikan apa sahaja kenduri kendara yang mereka adakan. Kami tetap datang jika tidak lama sekejap. Kasih sayang, keperihatinan , kemesraan dan kebaikan mereka menambat hati kami untuk terus bergaul keluarga besar ini.
Ops!!! Ada dua majlis perkahwinan pada 16 Disember.
1. Mohd Firdaus dengan Nurhidayah. Kedua-duanya anak buah .
Pagi ini 23 Nov ketika sampai di pejabat terdapat 1 sampul yang sangat comel tertera nama ku . Di sebelah kiri sampul kuning air itu tertera nama AIn & Syahim. Lama aku mengingatkan siapakah empunya nama yang tidak ku kenali. Lantas aku membuka isi di dalam nya. aku baca satu persatu. Ok , sekarang dah ingat. Anak Uplineku dalam MLM Shuanghor . Kak Norliza. Memang beliau tak pernah lupa menghantar kad undangan biarpun aku tak pernah dapat menghadirkan diri. InsAllah kali ini aku berazam untuk pergi. Undangan yang penuh makna. Tarikh Majlis pada 16 Dec 2012.
TERIMA KASIH ALLAH
atas kurniaan Mu kepada kebaikan
dan kemesraan keluarga ini.
Tuesday, November 13, 2012
Pasar Selayang, Ikan dan Asam Laksa
Semalam adalah sambutan Hari Raya bagi Orang India. iaitu Perayaan DEPAVALI. Oleh kerana ianya merupakan cuti Umum kepada seluruh rakyat Malysia, aku tidak melepaskan kesempatan membuat perancangan tersendiri bersama kawan serumah Niza.
Sepakat kami bangun seawal pukul 7.30 pagi untuk bersiap-siap ke Pasar bagi membeli bahan membuat Asam Laksa sebagaiman di rancang pada malamnya. pagi-pagi lagi telah aku hantar massage ke hp dia untuk meningkatkan tentang Asam Laksa. Dah lama jugak aku tidak membuatnya lantaran sepanjang tahun yang lalu aku menjaga anak kesayangan yang terlantar di IJN. Apabila aktiviti memasak ini dijalankan , semua ingatan tertumpu pada Allahyarhamah, kerana dia memang suka makan.
Sampai di Pasar selayang lebih kuran jam 9.30 pagi. Aku sekali lagi membawa Niza bersiar-siar di lorong-lorong sempit di kawasan jualan sayur dan pelbagai rencah yang dijual. Aku belek-belek semua jenis sayur, dari kunyit, halia, petai, jering, mengkudu, bawang, timun, terung, salad, daun pengaga, kuchai, saleri, saderi, dan bermacam-macam lagi. Tak lupa jugak jantung pisang, pisang kapas , nangka muda, belimbing, keladi, ubi , kobis bunga, kedondong, temu dan seangkatan dengan nya. NIza galib meneliti satu persatu semua jenis sayuran. Walau pun dia anak negeri pahang, kadang-kadang di kampung jarang juga kedapatan ulaman-ulaman yang biasa dimakan. Niza memang suka makan ulam, Itu sebab wajab dia ayu , kulit yang halus, wajah yang bersih dari jerawat. Comel gitu.
Selesai membeli bahan untuk membuat Asam Laksa iaitu, daun kesum, daun saloom, limau kasturi, sedikit salad, chili padi dan cili merah, asam keping, timun, dan bunga kantan. Kami menghantar dahulu semua bahan tersebut ke kereta kerana kami nak mencari ikan pula.
Kini, kami melalui lorong-lorang sempit di celah-celah pasar basar yang menjual pelbagai jenis ikan. Ada yang murah, mahal, sederhana, ikan yang elok, kurang elok, dan teramat busuk, semua ada. Nak cari ikan yang besar, sederhana, kecil dan terkecil pun ada. Ikan yang berwarna, kelabu, hitam, licin , putih jugak ada. Semuanya boleh dibeli asalakan kita berduit dan terasa nak makan..
Kami berjumpa dengna ikan kebung yang agak cantik dengan harga RM5.00 sekilo. Sipenjual pula membuat tawaran RM9.00 dua kilo. Apa lagi kerana ikan itu masih baik, cuma terdapat sedikit pecah perutnya, tetapi insangnya nampak merah, badannya berwarna kuning hijau, yang biasa bagi aku ikan ini lemak isinya. Aku beli 4 kilo. Yang masih keras akan disimpan untuk esok. Yang pecah perut akan ku gunakan untuk buah kuah laksa. Bukan tak boleh beli ikan yang lebih baik. kerana ikan itu pun masih baik.
Selesai membeli ikan, kami pun berangkat balik. Jam menunjukkan pukul 10.30 pagi. Sampai di rumah jam 11.00 pagi. Aku agih-agihkan kerja. Kami memasak sampai Azan Zohor begema.
Ini resepi Asam Laksa yang kami buat.(Gambar tu hanya hiasan sahaja, tau)
8 ekor Ikan kembung dibersihkan, direbus di campur asam keping , ditambah sedikit garam, Kisar isi ikan dengan separuh air rebusan. Kisar Tulang dan kepala dengan separuh lagi air rebusan. Campur semula air rebusan ini dan tambah air sebagaimana mencukupi , ditambah perasa, di tambah dengan daun kesuh yang di patah-patah, dicampurkan dengna bungan kantan yang di belah empat. Rebus lagi sehingga naik baunya. Setelah mendidih, angkat dan sedia untuk di makan. {Anda boleh sahaja menambah belacan} sebagai menambah perencah.} Adalah di ingat bagi mereka yang mempunyai resdung adalah tidak digalakkan menambah belacan atau petis kerana pastinya anda akan mengalami gatal-gatal hidung atau wajah.
Anda boleh jugak menambah seekor ikan tongkol yang kecil sebagai penambah bahan.
Sementara itu, panas air sehingga mendidih. Setelah mendidih rebuslah Laksa pilihan anda selama 5 minit , angkat dan toskan.
Bahan Hiasan
Bawang besar di belah dua dan di mayang nipis,
Daun saloom, daun salad di mayang
Limau kasturi dibelah dua melintang
Timun di potong empat dan dimayang
Jangan lupa.
Ambil Segengam dua laksa, taburkan bahan hiasan, dan tambahlah kuah laksa jika sudah bersedia untuk makan.

Sunday, November 11, 2012
bILA oRANG gAJI jATUH sAKIT
Kita fikir bila mempunyai orang gaji semuanya kerja menjadi begitu mudah dan teratur. Kita tak pernah menjangka jika perkara sebaliknya yang berlaku.
Inilah yang terjadi kepada Tuan Rumah ku bila orang gaji dia jatuh sakit. Bukan sakit perut, sakit gigi atau sakit kaki. Tapi Sakit "STROK" Sebelah anggota badan tidak berfungsi. Sebelah Kiri. Tapi mujurlah boleh bercakap. Aku cuma tahu 2 hari selepas dia kena. Petang khamis baru aku melawat di di KBMC di kampung baru. Hospital Swasta. Dengannya Tuan rumah kena bayar lebih RM5K untuk 7 hari.
Aku sangat kagum dengan Tuan Rumah aku ni sebab , dia tidak berkira . Menjaga keperluan orang gajinya dengan sebaik mungkin. Oleh kerana usianya yang telah melebih 60 thaun, kudratnya sudah amat terbatas. Sesekali aku menjengah dia membantu apa yang terdaya. Aku cuma tumpang menderma tenaga sahaja kerana itu yang aku mampu.
apa sahaja keperluan Erna(nama ornag gaji) di penuhi, panggil tukang urut, fisioterapi, pembaik sendi, pelbagai jenis makanan menambah vitamin dan tenaga semuanya disediakan.
Bila balik ke rumah , aku lalu bermenung diri, mengenangkan kembali di mana ketika anakku menghadapi kesakitan dia sendirian tanpa saudara yang semuanya memilih wang dari kasih saudara yang sakit. Bila sakit sudah tidak berguna. Ah cukuplah sampai di sini. Biar ku simpan dihati....

Cerita seminggu yang Bermakna
Maaf jika bicara tidak seindah bahasa.
Setelah agak lama menyepi diri baru hari ini terasa hati untuk menulis lagi. Mencatitkan semua peristiwa seminggu berlalu. Sekurang-kurang dapat jugak menyisihkan rasa sepi yang acap kali melanda hati bila mengingatkan anak yang dirindui telah pergi. Ya Allah cucuri rahmat ke atas Roh beliau.
Isnin 5 hb november - hari pertama audit di syarikat tempat kerjaku. Ada tida orang wakil dari syarikat audit datang. Kata mereka , cuma satu hari sahaja kerana selasa hingga jumaat mereka ada Latihan di pejabat.
Selasa - pergi ke Pesona Capital Sdn Bhd di Taman kosas membantu membuat kerja pekeranian di sana. Perniagaan Service kereta ini tidaklah terhangat sebagaimana perniagaan syarikat lain. Namun begitu rezeki yang sedikit itu jika disyukuri, akan tetap bertambah tanpa dijangakan.
Rabu - Balik ke desa aman puri.
Khamis- kembali semula ke Taman Kosas . Ingat hati nak belajar Portal baru Proton Edar . kebetulan pula en Mohd Faiz nak datang. Sementar menanti kedatang beliau aku buat kerja-kerja lain. Jam 11 pagi beliau pun sampai. Tetapi Portal tu tak boleh buka pula sebab password telah diblok. jadi dia ajar bagaimana nak print screen dan import ke word untuk hantar report kebahagia IT.
Katanya : tekan Ctrl dan Alt dan tekan Print scrint. Lepas tu Buka Word Tekan Crtl dan V serentak untuk pastekan ke word. -- macam tulah kira-kiranya.
Lampu pejam celik pejam celik. Sekejap tu nampak astro pulak berasap. Lepas itu Screen Desk Top aku pulak berasap. ah sudah . Habis semua rosak. Lampu pun semua padam. Terencat lagi nak belajar.
Jumaat Taman Kosas lagi... Ada PM datang dekat Bukit Indah. Aku bertandang ke pejabat Zuriah . Bertemu sahabat lama. Banyak cerita yang di kongsi.
Sabtu : Cuti Rehat, Makan dan tidor sehari suntuk.
Ahad : Pagi pergi ke Pasar Seyang. Beli Ikan kembong, ikan sardin dan pelaling. Petang jam 3.30 ptg pergi ke rumah Kak Tipah. menjengah orang gaji dia yang kena Strok. Buat Buah Melaka/Ondeh-ondeh dari bancuhan sepeket tepung pulut.
Balik selepas Maghrib. Ketika nak keluar menunaikan Solat Isyak di Masjid, aku terdengan ada anak kuching menjerit. Pastinya kereta Kak Tipah dah melanggar anak kuchingnya. Sekejapan tu aku melihat Abang menyodok bangkai sang kecil keluar dari garaj. Hujan rintik-rintik ketika itu.
Malam itu setelah selesai sembahyang Isyak, aku menjengah Niza dibilek depan. Kemudiannya bersama-sama menyelongkar rak buku ku untuk mencari majalah gubahan perkahwinan.
jam 12.30 baru melelapkan mata.
Wednesday, October 10, 2012
Akhirnya Anakku Pergi Jua
Ini merupakan minggu ketiga selepas, anak kesayanganku pergi menghadap Yang Maha Pencipta pada 9.37 pagi 21hb September 2012. Baru kini dapat Bonda meluangkan masa mencatatkan segala cerita yang telah mengundang sedih, duka, gembira , kebahagian , gundah gulana, rasa terpinggir dan segala rasa yang tidak dapat digambarkan.
Berbekalkan semangat juang untuk hidup anakku, meniti perjalannan hidupnya dengan penuh tabah . Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Maafkan bonda kerana tidak mejaga kebajikan mu dengan baik dan teratur, Bonda lupa amanah itu bukan hanya untuk Ibu Kandungmu malah berlebihan lagi untuk diri Bonda sendiri.

Rindu ini hanya DIA yang Maha Mengetahui.
Tiada kata Yang Dapat DiUcapkan...........................................................................
...................................................................................................................
..........................................................................................
....................................................
.......................
kosong dan tidak bermakna...
"AL FATEHA'
Subscribe to:
Posts (Atom)