Ekstrak Kacip Fatimah

Email Address:
Name & Phone:

Put a website form like this on your site.

Sunday, November 11, 2012

bILA oRANG gAJI jATUH sAKIT

Kita fikir bila mempunyai orang gaji semuanya kerja menjadi begitu mudah dan teratur. Kita tak pernah menjangka jika  perkara sebaliknya yang berlaku.

Inilah yang terjadi kepada Tuan Rumah ku bila orang gaji dia jatuh sakit.  Bukan sakit perut, sakit gigi atau sakit kaki. Tapi Sakit "STROK"  Sebelah anggota  badan tidak berfungsi. Sebelah Kiri.  Tapi mujurlah boleh bercakap. Aku cuma tahu 2 hari selepas dia kena.  Petang khamis baru aku melawat di di KBMC di kampung baru.   Hospital Swasta. Dengannya Tuan rumah kena bayar lebih RM5K untuk 7 hari. 

Aku sangat kagum dengan Tuan Rumah aku ni sebab , dia tidak berkira . Menjaga keperluan orang gajinya dengan sebaik mungkin.  Oleh kerana usianya yang telah melebih 60 thaun, kudratnya sudah amat terbatas.  Sesekali aku menjengah dia membantu apa yang terdaya.  Aku cuma tumpang menderma tenaga sahaja kerana itu yang aku mampu.  

apa sahaja keperluan Erna(nama ornag gaji) di penuhi, panggil tukang urut, fisioterapi, pembaik sendi, pelbagai jenis makanan menambah vitamin dan tenaga semuanya disediakan. 

Bila balik ke rumah , aku lalu bermenung diri, mengenangkan kembali di mana ketika anakku menghadapi kesakitan dia sendirian tanpa saudara yang semuanya memilih wang dari kasih saudara yang sakit.  Bila sakit sudah tidak berguna. Ah cukuplah sampai di sini. Biar ku simpan dihati....