Ekstrak Kacip Fatimah

Email Address:
Name & Phone:

Put a website form like this on your site.

Sunday, November 11, 2012

Cerita seminggu yang Bermakna


Maaf jika bicara tidak seindah bahasa.

Setelah agak lama menyepi diri baru hari ini terasa hati untuk menulis lagi. Mencatitkan semua peristiwa seminggu berlalu.  Sekurang-kurang dapat jugak menyisihkan rasa sepi yang acap kali melanda hati bila mengingatkan anak yang dirindui telah pergi.  Ya Allah cucuri rahmat ke atas Roh beliau.

Isnin 5 hb november - hari pertama audit di syarikat tempat kerjaku. Ada tida orang wakil dari syarikat audit datang.  Kata mereka , cuma satu hari sahaja kerana selasa hingga jumaat mereka ada Latihan di pejabat.

Selasa - pergi ke Pesona Capital Sdn Bhd di Taman kosas membantu membuat kerja pekeranian di sana.  Perniagaan Service kereta ini tidaklah terhangat sebagaimana perniagaan syarikat lain.  Namun begitu rezeki yang sedikit itu jika disyukuri, akan tetap bertambah tanpa dijangakan.

Rabu  - Balik ke desa aman puri.

Khamis- kembali semula ke Taman Kosas . Ingat hati nak belajar Portal baru Proton Edar . kebetulan pula en Mohd Faiz nak datang. Sementar menanti kedatang beliau aku buat kerja-kerja lain. Jam 11 pagi beliau pun sampai.  Tetapi Portal tu tak boleh buka pula sebab password telah diblok. jadi dia ajar bagaimana nak print screen dan import ke word untuk hantar report kebahagia IT.
Katanya :   tekan Ctrl dan Alt dan tekan Print scrint.  Lepas tu Buka Word  Tekan Crtl dan V serentak untuk pastekan ke word.  -- macam tulah kira-kiranya.

Lampu pejam celik pejam celik. Sekejap tu nampak astro pulak berasap. Lepas itu Screen Desk Top aku pulak berasap.  ah sudah .  Habis semua rosak.  Lampu pun semua padam.   Terencat lagi nak belajar.

Jumaat  Taman Kosas lagi... Ada PM datang  dekat Bukit Indah.  Aku bertandang ke pejabat Zuriah . Bertemu sahabat lama. Banyak cerita yang di kongsi. 

Sabtu : Cuti Rehat,  Makan dan tidor sehari suntuk.

Ahad :  Pagi pergi ke Pasar Seyang.  Beli Ikan kembong, ikan sardin dan pelaling.  Petang jam 3.30 ptg pergi ke rumah Kak Tipah. menjengah orang gaji dia yang kena Strok.  Buat  Buah Melaka/Ondeh-ondeh  dari bancuhan sepeket tepung pulut. 
Balik selepas Maghrib.  Ketika nak keluar menunaikan Solat Isyak di Masjid, aku terdengan ada anak kuching menjerit.  Pastinya kereta Kak Tipah dah melanggar anak kuchingnya.  Sekejapan tu aku melihat Abang menyodok bangkai sang kecil keluar dari garaj.  Hujan rintik-rintik ketika itu.

Malam itu setelah selesai sembahyang Isyak, aku menjengah Niza dibilek depan. Kemudiannya bersama-sama menyelongkar rak buku ku untuk mencari majalah gubahan perkahwinan. 

jam 12.30 baru melelapkan mata.