Ekstrak Kacip Fatimah

Email Address:
Name & Phone:

Put a website form like this on your site.

Tuesday, November 13, 2012

Pasar Selayang, Ikan dan Asam Laksa

Semalam adalah sambutan Hari Raya bagi Orang India. iaitu Perayaan DEPAVALI. Oleh kerana ianya merupakan cuti Umum kepada seluruh rakyat Malysia, aku tidak melepaskan kesempatan  membuat perancangan tersendiri bersama kawan serumah Niza.

Sepakat kami bangun seawal pukul 7.30 pagi untuk bersiap-siap ke Pasar bagi membeli bahan membuat Asam Laksa sebagaiman di rancang pada malamnya.  pagi-pagi lagi telah aku hantar massage ke hp dia untuk meningkatkan tentang Asam Laksa.  Dah lama jugak aku tidak membuatnya lantaran sepanjang tahun yang lalu aku menjaga anak kesayangan yang terlantar di IJN.  Apabila aktiviti memasak ini dijalankan , semua ingatan tertumpu pada Allahyarhamah, kerana dia memang suka makan.

Sampai di Pasar selayang lebih kuran jam 9.30 pagi.  Aku sekali  lagi membawa Niza bersiar-siar di lorong-lorong sempit di kawasan jualan sayur dan pelbagai rencah yang dijual.  Aku belek-belek semua jenis sayur, dari kunyit, halia, petai, jering, mengkudu, bawang, timun, terung, salad, daun pengaga, kuchai, saleri, saderi, dan bermacam-macam lagi. Tak lupa jugak jantung pisang, pisang kapas , nangka muda, belimbing, keladi, ubi , kobis bunga, kedondong, temu dan seangkatan dengan nya.  NIza galib meneliti satu persatu semua jenis sayuran. Walau pun dia anak negeri pahang, kadang-kadang di kampung jarang juga kedapatan  ulaman-ulaman yang biasa dimakan.  Niza memang suka makan ulam, Itu sebab wajab dia ayu , kulit yang halus, wajah yang bersih dari jerawat. Comel gitu.

Selesai membeli bahan untuk membuat Asam Laksa iaitu, daun kesum, daun saloom, limau kasturi, sedikit salad, chili padi dan cili merah, asam keping, timun, dan bunga kantan.  Kami menghantar dahulu semua bahan tersebut ke kereta kerana kami nak mencari ikan pula.

Kini, kami melalui lorong-lorang sempit di celah-celah pasar basar yang menjual pelbagai jenis ikan. Ada yang murah, mahal, sederhana, ikan yang elok, kurang elok, dan teramat busuk, semua ada.  Nak cari ikan yang besar, sederhana, kecil dan terkecil pun ada. Ikan yang berwarna, kelabu, hitam, licin , putih jugak ada.   Semuanya boleh dibeli asalakan kita berduit dan terasa nak makan..

Kami berjumpa dengna ikan kebung yang agak cantik dengan harga RM5.00 sekilo.  Sipenjual pula membuat tawaran RM9.00 dua kilo.  Apa lagi kerana ikan itu masih baik, cuma terdapat sedikit pecah perutnya, tetapi insangnya nampak merah, badannya berwarna kuning hijau, yang biasa bagi aku ikan ini  lemak isinya.  Aku beli 4 kilo. Yang masih keras akan disimpan untuk esok. Yang pecah perut akan ku gunakan untuk buah kuah laksa.  Bukan tak boleh beli ikan yang lebih baik.  kerana ikan itu pun masih baik.

Selesai membeli ikan, kami pun berangkat balik. Jam menunjukkan pukul 10.30   pagi. Sampai di rumah jam 11.00 pagi.  Aku agih-agihkan kerja. Kami memasak sampai Azan Zohor begema.



Ini resepi Asam Laksa yang kami buat.(Gambar tu hanya hiasan sahaja, tau)

8 ekor Ikan kembung dibersihkan, direbus di campur asam keping , ditambah sedikit garam, Kisar isi ikan dengan  separuh air rebusan.  Kisar Tulang dan kepala dengan separuh lagi air rebusan. Campur semula air rebusan ini dan tambah air sebagaimana mencukupi , ditambah perasa, di tambah dengan daun kesuh yang di patah-patah, dicampurkan dengna bungan kantan yang di belah empat.  Rebus lagi sehingga naik baunya. Setelah mendidih, angkat dan sedia untuk di makan. {Anda boleh sahaja menambah belacan} sebagai menambah perencah.} Adalah di ingat bagi mereka yang mempunyai resdung adalah tidak digalakkan menambah belacan atau petis kerana pastinya anda akan mengalami gatal-gatal hidung atau wajah.

Anda boleh jugak menambah seekor ikan tongkol yang kecil sebagai penambah bahan.

Sementara itu, panas air sehingga mendidih. Setelah mendidih rebuslah Laksa pilihan anda selama 5 minit , angkat dan toskan.

Bahan Hiasan

Bawang besar di belah dua dan di mayang nipis,
Daun saloom, daun salad di mayang
Limau kasturi dibelah dua melintang
Timun di potong empat dan dimayang

Jangan lupa.

Ambil  Segengam dua laksa, taburkan bahan hiasan, dan tambahlah kuah laksa jika sudah bersedia untuk makan.