Ekstrak Kacip Fatimah

Email Address:
Name & Phone:

Put a website form like this on your site.

Thursday, December 12, 2013

Dah cuba makan Tose

Sesekali bersarapan dengan mendu dari kedai Mamak ada baiknya.  Tose ini Cik Wan Amal yang ajar makan.  Pada mulanya akau emmang tak suka... rata-rata kawan-kawan kata masam...  Bila dah cuba sekali rasa nak lagi pulak... selalunya aku amkan cecah denan gula sahaja...

Inilah rupa Tose di kedai Anuja di sebelah pejabat aku yang terletak di Desa Aman Puri...


Bunga di Tasek Perdana




Mengambil Gambar Bunga memang menjadi kesukaanku.  Minggu lalu ketika berjoging dengan Kak Tipah sempat jugak aku menambil gambar di tepi-tepi pejalan kaki atau pun trek berjoging di Tasek Perdana.  Oleh kerana sesetengan bunga itu jarang aku temui di laman-laman rumah sekarang ini , aku sertakan koleksi sebahagian dari bunga dan fauna yang terdapat di Tasek Perdana Kuala Lumpur.

Maaf jika kedudukan dan kualiti gambar tidak sempurna.


Cantekkkk....

Dah lama jugak tidak pergi berjoging di Tasek Perdana, sebab Kak Tipah sakit pinggang.  



Siapa Si Tomok yang ku sayang



Tak boleh Tahan tengok si Tomok... Mesti nak cium .  Bila balik dari kerja si Tomok dah siap tunggu depan pagar.  Bila dah park kereta mesti tunggu pulak kat tepi pintu pemandu. Kadang-kadang mas anak tutup pintu takut aje terkena ekornya yang  panjang.

Si Tomok ku sudah diberi Vaksin 3 kali berturut-turut.  Bulan Januari 2014 nanti cukuplah umur si Tomok 1 tahun... he... he...

Bila malam si Tomok mesti mengajak aku naik ats tilam untuk tidor.  Mesti belai dia selepas  makan dan bila mata nak lelap...






Wednesday, December 11, 2013

Roti Puff - Sarapan pagi Hari Lahir





Seronoknya bercuti semalam.. adalah masa nak buat resepi baru untuk sarapan pagi..  hari ini bersarapan PUff Roti yang mudah untuk disediakan.

Bahan-bahannya :

Untuk Inti

1 biji kentang dikupas dan di potong dadu
1 biji ubi keledek di kupas dan di potong dadu
5 sudu makan rempah kari ADABI 
2 sudu makan udang kering ditumbuk
Garam dan serbuk perasa secukupnya
(Campurkan kesemuanya. Rebuslah hingga empuk dan lumatkan)
Akhir sekali masukkan Daun Soup yg di potong 1 in panjang 

Roti Gardenia - 1 bungkus (yang kecil)
3 sudu tepung gandum , dibancuh likat (Sebagai pelekat) = (Gam)

Ambil sekeping roti di leperkan  di potong dua.  Ambil sepotong cantumkan 1 bahagian yang terbuka dengan Gam. Setelah kemas masukkan Inti sesudu makan (Ikut suka) dan Gam.  
Buatlah sehingga inti habis atau sehingga kesemua keping roti habis digunakan.

Panaskan Minyak dan gorenglah  dengan api yang kecil kerana ianya sangat cepat  hangus.  
Bagi mereka yang tidak suka goreng bolehlah di bakar. 

Makanlah ketika panas-panas. 


Monday, September 16, 2013

Tulislah Senarai Barang Keperluan Untuk Menunaikan Haji.

Hari ini ada pertemuan dengan kawan lama ku Zuriah.  Hari  Khamis yang lalu dia telah pergi membuat Pasport di Imigresen Setapak, kata dia.  Sebenarnya kawan baikku ini akan berangkat Menunaikan Haji pada tahun ini.  Mudah-mudahan ada rezeki untuknya menyahut seruan Illahi untuk ke Mekah tahun ini.  Amin...

Menuku di tenghari ini hanyalah

Nasi Putih dengan ayam goreng berempah

Menu kawan ku : Nasi putih dengan siput sedut masak lemak dan batang keladi masak asam rebus. Kechur jugak rasanya.

Sementara Hadliza pula- nasi putih dengan telur ikan masak lemak kuning dan kerabu mangga.

Semasa berbual-bual sambil menjamu selera, aku bertanyakan tentang persiapan sahabat abik ku tentang barangan yang akan di bawanya.  Aku minta dia buat senarai dan Pack barang dalam Bag supaya apabila dipanggil sahaja kesemua barang telah sedia.  Cara ini dapat menyelamatkan beliau dari menjadi kelam kabut, apabila nama masuk senarai untuk aberangkat.

Catitan ini ditulis sebagai satu ingatan memori kehidupan ku.

MAKANLAH  DENGAN TANGAN (Tangan KANAN  BUKAN  tangan KIRI) jangan dengan GARPU atau PENYEPIT.

Sebab : Sabda NABI MUHAMMAD s.a.w

Bila selesai makan hendaklah Menjilat jari tersebut kerana dicelah-celah JARI terdapat ENZYME yang banyak (sejenis alat pencerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)




Friday, August 23, 2013

Ikan Senangin Masak Lemak Kuning

Bahan :

1  ekor ikan senangin (0.5kg)

Berjalan di Tasek Perdana Mengurang Berat Badan - Betul ke?

Pagi ini selepas menunaikan Solat Subuh berjemaah di Masjid Kampung Bharu, aku bersama Kak tifah dan Yatie kawan lama pergi ber'joging" di Tasek Perdana. Hajat hati untuk mengurangkan Berat Badan .

Jam 8.45 pagi baru kami memasuki jalan Raja Abdullah, seterusnya masuk ke jalan Raja Laut menuju ke jalan Kuching untuk membelok pula ke kiri, jalan terus hingga sampai ke Bulatan Hishamuddin dekat stesen Keretapi, kemudian melalui jalan hadapan Mahkamah syariah lama dan jalan terus lagi baru jumpa simpang belok ke kiri untuk masuk ke Taman Tasek Perdana.  Jika belok ke kanan akan terus ke TUGU NEGARA.