Ekstrak Kacip Fatimah

Email Address:
Name & Phone:

Put a website form like this on your site.

Wednesday, December 11, 2013

Roti Puff - Sarapan pagi Hari Lahir





Seronoknya bercuti semalam.. adalah masa nak buat resepi baru untuk sarapan pagi..  hari ini bersarapan PUff Roti yang mudah untuk disediakan.

Bahan-bahannya :

Untuk Inti

1 biji kentang dikupas dan di potong dadu
1 biji ubi keledek di kupas dan di potong dadu
5 sudu makan rempah kari ADABI 
2 sudu makan udang kering ditumbuk
Garam dan serbuk perasa secukupnya
(Campurkan kesemuanya. Rebuslah hingga empuk dan lumatkan)
Akhir sekali masukkan Daun Soup yg di potong 1 in panjang 

Roti Gardenia - 1 bungkus (yang kecil)
3 sudu tepung gandum , dibancuh likat (Sebagai pelekat) = (Gam)

Ambil sekeping roti di leperkan  di potong dua.  Ambil sepotong cantumkan 1 bahagian yang terbuka dengan Gam. Setelah kemas masukkan Inti sesudu makan (Ikut suka) dan Gam.  
Buatlah sehingga inti habis atau sehingga kesemua keping roti habis digunakan.

Panaskan Minyak dan gorenglah  dengan api yang kecil kerana ianya sangat cepat  hangus.  
Bagi mereka yang tidak suka goreng bolehlah di bakar. 

Makanlah ketika panas-panas.