Ekstrak Kacip Fatimah

Email Address:
Name & Phone:

Put a website form like this on your site.

Thursday, June 13, 2013

Dapatkah Bertemu Mantan PM Tun Mahathir Tahun 2013 nanti di Pasar Ramadhan Jalan Raja Alang?

Dapatkah  bertemu TUN pada tahun ini di Pasar Ramadhan Jalan Raja Alang tahun 2013.  Mudah-mudahan di pertemukan. Amin....

31 Ogos 2011 merupakan Tarikh Kemerdekaan Malaysia, disambut setiap tahun.  Berbeza pada tahun ini Hari Merdeka disambut bersama Hari Raya Aidil Fitri. Seronok berganda... cuti pun berganda.. Alhamdulillah... Cuti Panjang... membolehkan rakyat Malaysia merehatkan Minda dan Tenaga selama seminggu....  Hari ini Hari Yang ke 24 umat Islam berpuasa.  Menahan diri dari Lapar dan Dahaga dan juga perkara yang membolehkan membatalkan puasa.   Di Masjid pula di sana-sini ada menyediakan juadah berbuka puasa bubur lambok, yang selalunya di lakukan di bandar2 besar seperti Kuala Lumpur.  Bubur Lambok Kampung Bharu sangat popular.  Setiap hari lebih kurang 1000 kg beras ditanak dari seawal Subuh sehingga Waktu Asar masuk.   Pengagihan Bubur Lambok di adakan selepas sembahyang Asar... Tetapi barisan yang menuggu telah panjang sebelum Azan Asar dilaungkan.



Tak kurang menariknya menjadi khariah Kampung Bharu ini adalah pasar Ramadhan Jalan Raja Alang.  Setiap Tahun Mantan PM  -Che Det mesti menjamu mata sambil bertemu rakyat berbagai lapisan masyarakat.  Secara purata pada  Ramadhan ke 3 Tun mesti mengunjungi Pasar Ramdhan Jalan Raja Alang.  Seperti tahun sebelumnya 2010 saya terserampak dengan Tun, tahun 2011 ini juga saya bertemu dengan Tun.  Tun seorang sahaja  , tiada isteri tercintanye. Tahun 2012,  aku langsung tidak mengunjungi Pasar Ramadhan Jalan Taja Alang kerana menjaga anakku di IJN.

Kerana suka sangat dengan senyuman Tun, aku download gambar Tun dua kali. Happy aje tengok wajah dia...


Nak Bertemu Kawan Lama di Cafe Bt 14 Hulu Langgat - Tak jadilah pulak

Alhamdulillah, pagi ini dapatlah peluang menulis sepatah dua kata, setelah begitu lama meninggalkan lapangan penulisan blog ini.  emmm... nak kata sebok bagai PM tidaklah jugak.  Nak kata sebok ke dapur menyediakan juadan untuk se isi keluarga juga tidak. Biasanya hanya mengunjungi kedai-kedai berdekatan rumah sahaja mencari masakan enak pembuka selera.

Beeon masak Tom yam atau Nasi Padprik
Bee Hoon  kung fu atau Soon goreng kering.

Antara  jenis makanan ringan yang biasa di ambil diwaktu malam.  Tidak berat badan jika bangun di waktu pagi, apatah lagi untuk melakukan senaman amat payah sekali.  Alhamdulillah sehingga kini masih belum lagi diserang penyakit lima(5) serangkai milik orang yang dah lama hidup.  Darah Tinggi, Kencing Manis, Angin Ahmar, Sakit Jantung dan Luput Ingatan.   Jika terkena salah satunya amat menyukarkan kehidupan diri sendiri apatah lagi pehak yang membantu.

Pagi Jumaat ini aku menunaikan solat Subuh berjamah di Maasjid kampung Bharu. Balik dari masjid aku bergegas pula memberi makan kucing kesanyanganku yang berjumlah 12 ekor.  Kesemua kuchingku adalah baka tempatan. Ada juga PATI. he... he... he... .   ialah entah kucing siapa-siapa menumpang makan.  Mudah-mudahan ada pertambahan rezekiku, siapa yang tahu!!!! Rezeki Allah yang beri.

Beres kerja memberi makan , berdandan pula untuk menuju ketempat kerja di Desa Aman Puri.  Jam 9.20 pagi tercegat sendirian dimuka pintu pejabat yang masih belum di buka. Hari INi Zaini pergi bawa TanSri  buat pemeriksaan berkala di Hospital.  Pun belum tentu balik ke Pejabat selepas sembahyang JUmaat.  Aku bercadan balik aje tetapi teringat ada tugasan yang perlu di segerakan.

PERTEMUAN  nak di adakan

Dua hari lepas Molie ajak bertandang di Cafe sahat lama di Batu 14 Hulu Langat selepas habis pejabat . Kira-kira jam 6 petanglah.  Semua orang dah setuju untuk jumpa hari ini 14 Jun 2013 jam 6.30 petang.  Entah macam mana, petang semalam Zuriah kata dia tak dapat sertai kerana  anak kesayangan dia, Zuraidah  nak balik dari asrama.  Pagi tadi pulak Molie sekali lagi bagi tahun Zuriah tak ikut serta.  Seterusnya dia pun bagi alasan dia juga tak dapat pergi sebab kurang sehat.  Alhamdulillah, memang menyeronokkan buatku kerana , aku memang tak suka nak pergi habis waktu kerja.  Aku lebih suka lepak di dalam rumah, boleh mengintai baby2 kecik ku tidur dicelah-celah kaki ibunya.

Baby kecik ku diberi nama TOMOK(warna putih melepak, GEMOK(warna hitam berkilat dan BUNGA (celoreng hitam dan kuning) he... he... he...  Tak sabar nak tunggu mreka besar dan ditimang-timang.  eee...eeee...........

GAMBAR???  





Tuesday, May 7, 2013

TEAM MEDIA SELANGOR: mengapa tun mahathir sedih?

TEAM MEDIA SELANGOR: mengapa tun mahathir sedih?: MARILAH BERSAMA LUANGKAN MASA UNTUK MEMBACA TULISAN TUN MAHATHIR. MENGAPA TUN MAHATHIR SEDIH? SAYA sedih. Bukanlah saya berharap ker...

Wednesday, February 20, 2013

Lewat sebulan berlalu.

Rasa malas nak menulis sejak sebulan lalu, menyerang dengan tiba-tiba. Ini mungkin disebabkan kurangnya minat membaca bersemarak di hati lagi, lalu tiada lagi mdah berbunga, apatah lagi yang berlagu untuk dicoretkan kata diblog yang tak seindah nama.

Hari ini terpanggil pulak untuk mencoretkan peristiwa yang terjadi dalam tempoh sebulan berlalu.  Sebagaimana biasa pada hujung-hujung minggu kedapatan majlis-majlis perkahwinan dijalan-jalan kecil di Ibu Kota KUala Lumpur. Maklumlah tiada  bibir jalan yang luas, dan tiada pula laman yang dimiliki oleh setiap penghuni di Kuala Lumpur.   Lama yang ada hanya muat-muat dua pasu bunga, yang untung sikit adalah tempat meletakan ampaian kain.  Yang paling teruknya jika Fat yang tinggi melangit tetapi tiada tempat jemuran. Rumah Kotak atau rumah Merpati. Seksa. Terpaksalah menghandar DOBI. Orang dobi jugak yang kaya raya.

17hb Februari, menghadari jemputan perkahwinan Hasmawik di Berjuntai Bistari.  Kesian dekat diri sendiri, sebab tiada enalan lama yang mengiringi. Duduk termangu sendirian sebelum di sapa Hanim isteri kawan pejabat lama dan kemudiannya Zaini dan isterinya.  Sedang berbaris mendapatikan rezeki terpandang Jafri sedang melayan tetamu.  Kugoyang-goyang tangan , lama jugak baru dia menoleh.  "Akak" Kata dia.  Lalu aku disuruh duduk makan diruang kosong .  Selepas makan bersama dengan Isteri Zaini kami, menuju ke set makan pengatin.  Menegur Hasmawik yang segak berpakaian Raja Sahari. Tersenyum simpul . Setelah bersalaman aku, pun menghampiri Emak beliau, dan menhulurkan ang pow. Setiap yang berjabat tangan akan dapat se bekas  Jelly samada hijau , merah atau kuning.  Rengkas berbanding dengan yang lain. Ada bunga telur, gula-gula lah, dan macam-macam lagi sebagai buah tangan untuk diberikan pada anak-anak yang berkejaran .  Alhamdulillah.

Aku berangkat balik ke Kuala Lumpur jam 1.30 tghari. Singgah sebentar diMasjid di tepi jalan sebelh Petronas Ijok.  Sampai rumah jam 3.15 ptg. Tukar baju paggil Kak Tipah untuk bawa dia ke NSK beli Ikan untuk anak-anak kuching beliau.  Adoooiiiiiii.... letih jugak rasanya, tapi demi kakak ku sorang gagahkan jugak mengenangkan usianya yang telah lewat 65 Tahun.      Jangan tak tau sangat cekap membawa kereta dan memakir kereta.  Pantang ada ruang sedikit, terus dia suruh pakir, sendang aku nak cari yang benar-benar mudah. Tap payah nak undur, masuk, undur masuk, belok kiri, pusing kanan sikit, pusing kiri sikit. Ha... baru menjadi.  Pun begitu tempat yang sesak di NSK Selayang nie, bukan mudah nak park kereta.

Cukuplah untuk hari ini.  Sebagai kenangan untuk dibaca dan diingati masa akan datang kira ada umur yang panjang.

Terima Kasih ALLAH

Thursday, January 31, 2013

Sambutan Maulid Nabi S.A.W.

Sebagaimana tahun-tahun sebelumnya, aku menyambut Kelahiran Nabi dengan hanya menuntun TV.   Menghadirkan diri di Majsid Kampung Baru.

Pada minggu lalu pula semasa perayaan Thaipusam, aku menyambunya di Kampung 3 Nenek, Kota Negeri Sembilan. Meriah jugak sambutannya dengan dimulai dengan sembahyang Magrib berjumaah.  Ada lebih 50 orang yang hadir, kerana kampung ii tidak ramai penduduknya,

Ceramah di adakan oleh Ustaz yang biasa-biasa aje, baru menjadi penceramah, tidaklah terkenal sangat.   Beliau


Monday, January 21, 2013

Belajar Scan Gambar

Semalam  Mesin photocopy telah tamat kontrak. Oleh itu pemiliknya telah mengambil balik.  Makanya tiadalah mesin photopy yang cangih itu di pejabat lagi. Agak kritikal jugak lah kiranya nak buat salinan slip bank ini sekarang ini.  Jika disimpan untuk jangkamasa satu dua bulan dah tentu tulisannya hilang.  

Bukan tidak ada mesin photocopy yang mudah tetapi kegunaannya nya tidak sebanyak mana. Makanya terpaksalah