Ekstrak Kacip Fatimah

Email Address:
Name & Phone:

Put a website form like this on your site.

Thursday, June 13, 2013

Nak Bertemu Kawan Lama di Cafe Bt 14 Hulu Langgat - Tak jadilah pulak

Alhamdulillah, pagi ini dapatlah peluang menulis sepatah dua kata, setelah begitu lama meninggalkan lapangan penulisan blog ini.  emmm... nak kata sebok bagai PM tidaklah jugak.  Nak kata sebok ke dapur menyediakan juadan untuk se isi keluarga juga tidak. Biasanya hanya mengunjungi kedai-kedai berdekatan rumah sahaja mencari masakan enak pembuka selera.

Beeon masak Tom yam atau Nasi Padprik
Bee Hoon  kung fu atau Soon goreng kering.

Antara  jenis makanan ringan yang biasa di ambil diwaktu malam.  Tidak berat badan jika bangun di waktu pagi, apatah lagi untuk melakukan senaman amat payah sekali.  Alhamdulillah sehingga kini masih belum lagi diserang penyakit lima(5) serangkai milik orang yang dah lama hidup.  Darah Tinggi, Kencing Manis, Angin Ahmar, Sakit Jantung dan Luput Ingatan.   Jika terkena salah satunya amat menyukarkan kehidupan diri sendiri apatah lagi pehak yang membantu.

Pagi Jumaat ini aku menunaikan solat Subuh berjamah di Maasjid kampung Bharu. Balik dari masjid aku bergegas pula memberi makan kucing kesanyanganku yang berjumlah 12 ekor.  Kesemua kuchingku adalah baka tempatan. Ada juga PATI. he... he... he... .   ialah entah kucing siapa-siapa menumpang makan.  Mudah-mudahan ada pertambahan rezekiku, siapa yang tahu!!!! Rezeki Allah yang beri.

Beres kerja memberi makan , berdandan pula untuk menuju ketempat kerja di Desa Aman Puri.  Jam 9.20 pagi tercegat sendirian dimuka pintu pejabat yang masih belum di buka. Hari INi Zaini pergi bawa TanSri  buat pemeriksaan berkala di Hospital.  Pun belum tentu balik ke Pejabat selepas sembahyang JUmaat.  Aku bercadan balik aje tetapi teringat ada tugasan yang perlu di segerakan.

PERTEMUAN  nak di adakan

Dua hari lepas Molie ajak bertandang di Cafe sahat lama di Batu 14 Hulu Langat selepas habis pejabat . Kira-kira jam 6 petanglah.  Semua orang dah setuju untuk jumpa hari ini 14 Jun 2013 jam 6.30 petang.  Entah macam mana, petang semalam Zuriah kata dia tak dapat sertai kerana  anak kesayangan dia, Zuraidah  nak balik dari asrama.  Pagi tadi pulak Molie sekali lagi bagi tahun Zuriah tak ikut serta.  Seterusnya dia pun bagi alasan dia juga tak dapat pergi sebab kurang sehat.  Alhamdulillah, memang menyeronokkan buatku kerana , aku memang tak suka nak pergi habis waktu kerja.  Aku lebih suka lepak di dalam rumah, boleh mengintai baby2 kecik ku tidur dicelah-celah kaki ibunya.

Baby kecik ku diberi nama TOMOK(warna putih melepak, GEMOK(warna hitam berkilat dan BUNGA (celoreng hitam dan kuning) he... he... he...  Tak sabar nak tunggu mreka besar dan ditimang-timang.  eee...eeee...........

GAMBAR???