Ekstrak Kacip Fatimah

Email Address:
Name & Phone:

Put a website form like this on your site.

Thursday, June 13, 2013

Dapatkah Bertemu Mantan PM Tun Mahathir Tahun 2013 nanti di Pasar Ramadhan Jalan Raja Alang?

Dapatkah  bertemu TUN pada tahun ini di Pasar Ramadhan Jalan Raja Alang tahun 2013.  Mudah-mudahan di pertemukan. Amin....

31 Ogos 2011 merupakan Tarikh Kemerdekaan Malaysia, disambut setiap tahun.  Berbeza pada tahun ini Hari Merdeka disambut bersama Hari Raya Aidil Fitri. Seronok berganda... cuti pun berganda.. Alhamdulillah... Cuti Panjang... membolehkan rakyat Malaysia merehatkan Minda dan Tenaga selama seminggu....  Hari ini Hari Yang ke 24 umat Islam berpuasa.  Menahan diri dari Lapar dan Dahaga dan juga perkara yang membolehkan membatalkan puasa.   Di Masjid pula di sana-sini ada menyediakan juadah berbuka puasa bubur lambok, yang selalunya di lakukan di bandar2 besar seperti Kuala Lumpur.  Bubur Lambok Kampung Bharu sangat popular.  Setiap hari lebih kurang 1000 kg beras ditanak dari seawal Subuh sehingga Waktu Asar masuk.   Pengagihan Bubur Lambok di adakan selepas sembahyang Asar... Tetapi barisan yang menuggu telah panjang sebelum Azan Asar dilaungkan.



Tak kurang menariknya menjadi khariah Kampung Bharu ini adalah pasar Ramadhan Jalan Raja Alang.  Setiap Tahun Mantan PM  -Che Det mesti menjamu mata sambil bertemu rakyat berbagai lapisan masyarakat.  Secara purata pada  Ramadhan ke 3 Tun mesti mengunjungi Pasar Ramdhan Jalan Raja Alang.  Seperti tahun sebelumnya 2010 saya terserampak dengan Tun, tahun 2011 ini juga saya bertemu dengan Tun.  Tun seorang sahaja  , tiada isteri tercintanye. Tahun 2012,  aku langsung tidak mengunjungi Pasar Ramadhan Jalan Taja Alang kerana menjaga anakku di IJN.

Kerana suka sangat dengan senyuman Tun, aku download gambar Tun dua kali. Happy aje tengok wajah dia...