Kita fikir bila mempunyai orang gaji semuanya kerja menjadi begitu mudah dan teratur. Kita tak pernah menjangka jika perkara sebaliknya yang berlaku.
Inilah yang terjadi kepada Tuan Rumah ku bila orang gaji dia jatuh sakit. Bukan sakit perut, sakit gigi atau sakit kaki. Tapi Sakit "STROK" Sebelah anggota badan tidak berfungsi. Sebelah Kiri. Tapi mujurlah boleh bercakap. Aku cuma tahu 2 hari selepas dia kena. Petang khamis baru aku melawat di di KBMC di kampung baru. Hospital Swasta. Dengannya Tuan rumah kena bayar lebih RM5K untuk 7 hari.
Aku sangat kagum dengan Tuan Rumah aku ni sebab , dia tidak berkira . Menjaga keperluan orang gajinya dengan sebaik mungkin. Oleh kerana usianya yang telah melebih 60 thaun, kudratnya sudah amat terbatas. Sesekali aku menjengah dia membantu apa yang terdaya. Aku cuma tumpang menderma tenaga sahaja kerana itu yang aku mampu.
apa sahaja keperluan Erna(nama ornag gaji) di penuhi, panggil tukang urut, fisioterapi, pembaik sendi, pelbagai jenis makanan menambah vitamin dan tenaga semuanya disediakan.
Bila balik ke rumah , aku lalu bermenung diri, mengenangkan kembali di mana ketika anakku menghadapi kesakitan dia sendirian tanpa saudara yang semuanya memilih wang dari kasih saudara yang sakit. Bila sakit sudah tidak berguna. Ah cukuplah sampai di sini. Biar ku simpan dihati....
Apa pun Tak Boleh Jika Tidak Berusaha Untuk Mendapatkan Sesuatu Yang Di idamkan seperti Wang yang banyak, rumah besar, kereta besar, isteri besar cantik dan soleha. Perlu anjakan Yang Bertubi untuk mencapainya. Jangan Hanya Hangat-Hangat Ta__ A___
Sunday, November 11, 2012
Cerita seminggu yang Bermakna
Maaf jika bicara tidak seindah bahasa.
Setelah agak lama menyepi diri baru hari ini terasa hati untuk menulis lagi. Mencatitkan semua peristiwa seminggu berlalu. Sekurang-kurang dapat jugak menyisihkan rasa sepi yang acap kali melanda hati bila mengingatkan anak yang dirindui telah pergi. Ya Allah cucuri rahmat ke atas Roh beliau.
Isnin 5 hb november - hari pertama audit di syarikat tempat kerjaku. Ada tida orang wakil dari syarikat audit datang. Kata mereka , cuma satu hari sahaja kerana selasa hingga jumaat mereka ada Latihan di pejabat.
Selasa - pergi ke Pesona Capital Sdn Bhd di Taman kosas membantu membuat kerja pekeranian di sana. Perniagaan Service kereta ini tidaklah terhangat sebagaimana perniagaan syarikat lain. Namun begitu rezeki yang sedikit itu jika disyukuri, akan tetap bertambah tanpa dijangakan.
Rabu - Balik ke desa aman puri.
Khamis- kembali semula ke Taman Kosas . Ingat hati nak belajar Portal baru Proton Edar . kebetulan pula en Mohd Faiz nak datang. Sementar menanti kedatang beliau aku buat kerja-kerja lain. Jam 11 pagi beliau pun sampai. Tetapi Portal tu tak boleh buka pula sebab password telah diblok. jadi dia ajar bagaimana nak print screen dan import ke word untuk hantar report kebahagia IT.
Katanya : tekan Ctrl dan Alt dan tekan Print scrint. Lepas tu Buka Word Tekan Crtl dan V serentak untuk pastekan ke word. -- macam tulah kira-kiranya.
Lampu pejam celik pejam celik. Sekejap tu nampak astro pulak berasap. Lepas itu Screen Desk Top aku pulak berasap. ah sudah . Habis semua rosak. Lampu pun semua padam. Terencat lagi nak belajar.
Jumaat Taman Kosas lagi... Ada PM datang dekat Bukit Indah. Aku bertandang ke pejabat Zuriah . Bertemu sahabat lama. Banyak cerita yang di kongsi.
Sabtu : Cuti Rehat, Makan dan tidor sehari suntuk.
Ahad : Pagi pergi ke Pasar Seyang. Beli Ikan kembong, ikan sardin dan pelaling. Petang jam 3.30 ptg pergi ke rumah Kak Tipah. menjengah orang gaji dia yang kena Strok. Buat Buah Melaka/Ondeh-ondeh dari bancuhan sepeket tepung pulut.
Balik selepas Maghrib. Ketika nak keluar menunaikan Solat Isyak di Masjid, aku terdengan ada anak kuching menjerit. Pastinya kereta Kak Tipah dah melanggar anak kuchingnya. Sekejapan tu aku melihat Abang menyodok bangkai sang kecil keluar dari garaj. Hujan rintik-rintik ketika itu.
Malam itu setelah selesai sembahyang Isyak, aku menjengah Niza dibilek depan. Kemudiannya bersama-sama menyelongkar rak buku ku untuk mencari majalah gubahan perkahwinan.
jam 12.30 baru melelapkan mata.
Wednesday, October 10, 2012
Akhirnya Anakku Pergi Jua
Ini merupakan minggu ketiga selepas, anak kesayanganku pergi menghadap Yang Maha Pencipta pada 9.37 pagi 21hb September 2012. Baru kini dapat Bonda meluangkan masa mencatatkan segala cerita yang telah mengundang sedih, duka, gembira , kebahagian , gundah gulana, rasa terpinggir dan segala rasa yang tidak dapat digambarkan.
Berbekalkan semangat juang untuk hidup anakku, meniti perjalannan hidupnya dengan penuh tabah . Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Maafkan bonda kerana tidak mejaga kebajikan mu dengan baik dan teratur, Bonda lupa amanah itu bukan hanya untuk Ibu Kandungmu malah berlebihan lagi untuk diri Bonda sendiri.
Berbekalkan semangat juang untuk hidup anakku, meniti perjalannan hidupnya dengan penuh tabah . Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Maafkan bonda kerana tidak mejaga kebajikan mu dengan baik dan teratur, Bonda lupa amanah itu bukan hanya untuk Ibu Kandungmu malah berlebihan lagi untuk diri Bonda sendiri.
Rindu ini hanya DIA yang Maha Mengetahui.
Tiada kata Yang Dapat DiUcapkan...........................................................................
...................................................................................................................
..........................................................................................
....................................................
.......................
kosong dan tidak bermakna...
"AL FATEHA'
Friday, October 5, 2012
Monday, August 13, 2012
Malam ke 25 Ramadhan
Malam ini malam ke 25 Ramadhan, merupakan malam ganjil. Malam LailatulQadar. Satu malam beramal bersamaan dengan 1000 bulan. Penuhi malam ini dengan atau malam ganjil di sepuluh malam terakhir untuk mendapat nikmat seribu bulan beramal hanya pada semalam sahaja.
Malam LailatulQadar ditunggu
Bermula dua pagi hingga subuh menjelma kembali
Mulai bangkit menunaikan solat
Solat Sunat, Taubat, Solat Tahajud
diudahi dengan Sunat Tasbih.
Jangan Lupa kunci jam
Terjaga jangan pula Terlena semula
Bangkit bila sahaja dikejut
Malam Lailatul Qadar Hanya semalam dalam sebulan
Membawa rahmat kepada Pengamalmya
Mintalah apa sahaja,
Minta aman
Minta kaya
Minta rezeki bertimbun
Minta Jodoh
Minta tambah zuriah
Minta zurih ramai-ramai
dan apa sahaja yang terlintas dihati
semua yang baik-baik belaka
YaALLAH, phon aku diberikan petunjuk
sebagai mana telah dilalui mereka yang menjumpai
Malam LailatulQadarmu yang penuh keberkatan
Biarpun aku bukan golongan yang disayang
Biarpun aku bukan golongan yang menepati waktu
Aku meminta sangat-sangat diberi peluang
Bertemu LailatulQadar
Malam Seribu rahmat
Malam Seribu Bulan
Amin.
Malam LailatulQadar ditunggu
Bermula dua pagi hingga subuh menjelma kembali
Mulai bangkit menunaikan solat
Solat Sunat, Taubat, Solat Tahajud
diudahi dengan Sunat Tasbih.
Jangan Lupa kunci jam
Terjaga jangan pula Terlena semula
Bangkit bila sahaja dikejut
Malam Lailatul Qadar Hanya semalam dalam sebulan
Membawa rahmat kepada Pengamalmya
Mintalah apa sahaja,
Minta aman
Minta kaya
Minta rezeki bertimbun
Minta Jodoh
Minta tambah zuriah
Minta zurih ramai-ramai
dan apa sahaja yang terlintas dihati
semua yang baik-baik belaka
YaALLAH, phon aku diberikan petunjuk
sebagai mana telah dilalui mereka yang menjumpai
Malam LailatulQadarmu yang penuh keberkatan
Biarpun aku bukan golongan yang disayang
Biarpun aku bukan golongan yang menepati waktu
Aku meminta sangat-sangat diberi peluang
Bertemu LailatulQadar
Malam Seribu rahmat
Malam Seribu Bulan
Amin.
Tuesday, August 7, 2012
Selling Online - Free and Sell More
INSTANTLY INCREASE YOUR SALES ...by plugging your products and services into TripleClicks.
•We take you global! Reach millions of potential customers worldwide on one of the fastest growing, international e-commerce sites on the Web.
•We put the marketing muscle of over 100,000 SFI affiliates to work for you, promoting and selling your products and services in over 20,000 cities in over 190 countries!
•Simply sign up, submit your products and services, and get ready to take orders! It's quick, simple, and there's no risk because you pay nothing unless we get you sales. For complete details, go to:
"HERE!!!!!"
Jangan Harap Balasan Bila Kita dah Memberi
Tangan Yang dia tas Lebih Baik
dari Tangan Yang Di Bawah
Jika kita membantu orang jangan harapkan balasan dari orang yang sama. Selalu yang terjadi orang lain yang akan membantu kita ketika kita dalam kesusahan. Kenapa saya kata demikian, jika kita mengharap orang yang sama yang akan membantu kita
nanti hati menjadi tidak keruan ; nak tolong ke tidak, takut esok-esok dia tak tolong kita
nanti keikhlasan tidak terpancar di wajah
nanti fikiran jadi celaru,
nanti kalau duit yang diguna berganti ke tidak
nanti penat aje dapat, cerca pula yang diterima
ataupun
Entah mungkin pada saat itu dia sudah berada jauh dari gapaian tangan.
Entah dia pun sudah menghilangkan diri.
Entah dia pun makin bertambah tenat atau ditimpa malang berganda
Entah dia telah melupakan kita.
dan semuanya entah... entah
Apapun jua tetapkan hati untuk mendapat Reda ILLAHI.
Pada saaat Lena berjuang untuk hidup, selalu aje dia risaukan keadaan aku, takut tak ada orang yang prihatin, tak orang yang akan jaga, tak ada orang yang akan tunggu jika sakit pening, ialah semuanya tak ada... Maklumlah hidup sebatang kata. Tak ada emak dan tak ada ibu. Hari -hari yang dilalui dia hanya risaukan tentang diriku... lalu pada dia aku bisikkan
"Walau apapun yang terjadi Machin amat sayang dengan Ina, Sayang sangat-sangat. Jangan risu tentang Ma Chik sebab, kita tak boleh tentukan siapa yang akan jaga kita di masa depan. Semuanya dalam Ketentuan Allah. Kita Mak Chik tak pernah kesah ini dapat jaga Ma Chik ke tidak, yang penting Ina boleh baik. Ina kena fikir untuk sembuh , jangan fikir tentang itu semua. " Ina kena kuatkan semangat, untuk pulih. Bila Ina dan pulih kita sama-sama pergi Umrah ke Buat Hajike, pergi Langkawike... mana-mana aje kita boleh pergi. Ok!!! " Dia nagguk"
Subscribe to:
Posts (Atom)

