Ekstrak Kacip Fatimah

Email Address:
Name & Phone:

Put a website form like this on your site.

Sunday, July 1, 2012

Ajal, Maut, Jodoh Pertemuan - Dah Bertemu Kah?

Nak Tergelak aku mendengar cerita seorang Ustaz tentang susahnya dia mendapat jodoh. Puas mengayat yang di tengah-tengah, mengayat pula yang di selatan, tak berkenan jugak, mengayat pulak yang di pantai timur , pun saya kempunan jugak.  akhirnya ustaz mengayat pula bakal isteri yang duduk jauh di utara Tanah Air.  Alhamdulillah diperkenankan Allah Azajawalla. amin.

Kata Ustaz puas jugak dia bersembahyang Istikharah, masaalahnya  yang datang pulak dua tiga sekali, lalu ustaz dah tak tau nak pilih macam mana, akhirnya Ustaz nilaikan kepada 4 perkara sebagimana yang disarankan oleh Nabi Muhammad SAW iaitu antara lainnya
Agamanya,
Hartanya ,
Rupanya dan
 ke empat ..... (Lupalah)...

Akhirnya Ustaz memilih bakal isteri NUn jauh di Utara tanah air.  Walaupun telah memilih masih ada yang telah meninggalkannya datang kembali , malah sudi pula menjadi isteri kedua Ustaz (Bermadulahhhhh)..... Tersenyum aku mendengar cerita ustaz nan satu ini yang baru sahaja melewati usia 28 tahun. Katanya Bulan Oktober tarikh pernikahannya dan majlis akan diadakan pada bulan November 2012.  :Selamat menjadi Raja Sehari"

Berbalik kepada soal jodoh  ini, ustaz ada meninggalkan petua kepada aku, bagaimana jika telah lama berusaha tetapi masih belum bertemu.  Katanya manusia memang diberikan oleh Allah Taala dugaan dengan pelbagai ragam. Ada yang bertemu jodoh sewal usia belasan tahun, Ada yang bertemu jodoh setelah usia merangkak senja, malah jiran yang telah lama dikenali itu yang menjadi suami, sedang selama ini sebelah mata pun tak pandang. Begitu setiap lelaki pasangannya ada wanita.

Ada juga mereka yang telah berkahwin, tujuh ke sepuluh  tahun belum dikurniakan cahaya mata. Merata-rata pergi berubat dari traditional hingga keperubatan model yang menelan belanja ratusan ribu ringgit.  Semuanya gara-gara hendak mendapatkan zuriat dari benih sendiri.  Sesetengah  pasangan akan membawa haluan masing-masing , apabila campur tangan keluarga mulai meresap. Maka runtuhlah sebuah masjid yang dibina atas dasar kasih sayang dan cinta. 

Ada juga pasangan hari ini bersanding,  seminggu kemudian di dapati hamil, sebagaimana yang dialami pelakon Fasha Shanda . beruntunglah Bunting pelamin kata orang tua-tua.  Apa yang terjadi masa kini pulak,  bayi-bayi comel dibuang merata-rata, dikaki lima, di tepi longkak, dalam tong sampah, dilempar kesungai dan macam-macam lagi tempat yang tak sepatutnya diletakkan bayi tersebut.Paling menakutkan carta menunjukkan bayi dari anak Melayu islam yang paling ramai.



Wednesday, June 20, 2012

Thursday, April 26, 2012

Minggu Penuh Cabaran

Aku sangat bahagia, Lena telah boleh pulang kerumah setelah 182 hari menginap di IJN.  Tarikh 8hb April 2012 malah merupakan hadiah hari jadi ku yang paling bermakna yang akan muncul pada 11 hb April, yang jatuh pada hari pertabalan Yang diPertuan Agung. Ini bererti selama 5 tahun hari jadi akan disambut ketika Hari Pertabalan. 

Berbalik semula cerita tentang Anak saudaraku Zalena.  Aku sepatutnya telah boleh berehat-rehat di rumah. Bebas dari menjaga Zalena sekurang-kurangnya untuk masa  seminggu, sebelum arikh ulangan berjumpa Pakar IJN di adakan pada 16hb April. Entahnya tak semena-mena Emak dia macam tak sabar-sabar nak balik ke kampung.  Jadi pada pagi 11 hb April tu dia pun berangkat dengan anak bungsunya pulang ke Maokil. Ialah bertemu suami tercinta yang telah ditinggalkan entah beberapa minggu.  Rindulah itu.  

Seingat aku dia akan kembali semua pada hari Ahad , tetapi tak muncul-muncul, akahirnya aku dapat tahu dia merasa amat berkecil hati dengan sikap dan kata-kata anaknya Zalena yang bagi aku, hanya masalah kecil sahaja. Yalah orang tua. Nak buat macam mana.  

Mujurlah pada Hari selasa 24hb kedua orang tuanya datang menziarahi beliau.  Malangnya pada hari Rabu IJN telah memanggil Zalena masuk semua ke Wad untuk buat diberi Antibiotik yang lebih 'Strong" bagi menjamin  paru-parunya  bersih dan dia tidak mengalami batuk yang teruk. 

Biarlah cerita duka itu hanya untuk kusimpan , bukan untuk ditatap orang orang ramai. 
Maaf tidak dapat berkongsi cerita tentang rajuk dan kecil hati orang tua zalena di sini.

Thursday, March 1, 2012

Beli Gold Untuk Simpanan Selamat

Awak dah beli ke belum?   Itu pertanyaan kawan-kawan apabila bertemu dengan ku sejak akhir-akhir ini.  Bulan lau harga Gold turun kepada RM166.50 segram. Boleh beli 1 gram kata mereka jika di Maybank sebagai permulaan.  Setiap bulan tambah segram.  Sekurang-kurangnya  10 % dari gaji telah tersimpan diakaun ini.  

Tidakkah menyimpan dengan Gold duit hanya akan di dapati sekiranya kita menjual semula pada saat harga tinggi.  Katakan pada masa kita menjual itu Harga pasaran RM185.00  Itu bererti  Keuntungan yang kita dapat adalah RM18.50.   Kiranya kita ada 10 gram  keuntungan yang kita miliki nanti adalah RM185.00  Betulke?  Itupun kena tengok juga berapa lama ia hendak mencapai RM185.00  jika 10 bulan samalah juga dengan RM 18.50 keuntungan sebulan untuk 1 gram emas yang kita laburkan.  

Akhirkata simpan jangan tak simpan... Paling tidak pun kita mengikut kemajuan seiring zaman kita hidup.

Jika Anda Teringin Nak beli Emas belilah dengan artis kita Linda Rafar (Serambi Emas).  Tawaran yang diberikan oleh Syarikat Serambi emas ini pun  mudah untuk diikuti :

Anda Bayar 35% dari nilai emas dan bakinya 65% akan dibiayai oleh Ar-Rahnu. Anda bayar secara ansuran kepada Ar-Rahnu sehingga selesai, Ianya akan menjadi hak milik mutlak anda.
LINDA RAFAR 

Monday, February 20, 2012

Kerana Kurang Oksigen semasa dilahirkan


Ia dilahirkan Cacat , Tidak cukup Oksigen sebagaimana kata doktor yang merwat dia.  Sebab itulah tubuh badanya tidak kekal setempat.