Ekstrak Kacip Fatimah

Email Address:
Name & Phone:

Put a website form like this on your site.

Thursday, February 22, 2007

Aku G Gadek Lagi


Tahun Baru Cina jatuh pada 9 dan 20 februari, Jadi kesempatan ada masa cuti yang panjang , aku, lina dan Andak pergilah ke Gadek lagi. Mandi air panas semuala jadi. Masa sampai tu baru pukul 10 pagi. Tak ramai lagi orang. Maklumlah cuti panjang. Hari Rabu baru boleh kerja semula.

Kat sini jumpalah orang kampung abang, air Hitam johor. Sekeluarga. Berkenalan sekejap. Pas tu mandi-mandi. Tak leh tenggelam semula. Panas jugalah. Kalau buat pertama kali mesti naik hitam wajah, dek kepanasan. Ini kali kedua aku pergi, sebab tu taklah rasa sakit atau panas lagi.

Selepas madi jam 11 pagi aku bertolak pulak ke kg kelahiranku Kampung simpang Baba, Muar. Ada anak sepupu kahwin. Di sini jumpalah abang Long dengan anak-anaknya, Ani, Fadli dan Amry serta cucu aku, Angah dan uda anak ani. Kakak Ipar aku balik Melaka, rumah adik dia. Itam datang dengan isteri dan adik ipar dia. Lepas sembang-sembang dan masing-masing bawalah haluan. aku pulak terus balik ke Kuala Lumpur, sampai rumah jam 6.40 ptg.

Sunday, February 11, 2007

Tesco 11.2.2007

Hari nie awal pagi dah keluar, jalan-jalan. Selepas pergi sarapan kat Taman Kosas. Sarapan Nasi Dagang. Sarapan bersama Lena dan Andak.
Lepas sarapan singah sebentar kat rumah Liza. Kat sebelah rumah Liza ada buat senamrobik, oleh ahli-ahli sekitar rumahnya. Mereka ajak joint, tapi tak sempat. Lagi pula bukan pakaian senaman. Leceh nanti....
Meriahnya, dekat gerai yang jual Nasi dagang ada perkumpulan orang kelantan, buat Bubur Assura. Kalaulah dapat joint mereka, seronoknya. Namun apakan daya Aku bukanlah orang kelate...
Selepas keluar dari rumah Liza, merayap pulak kat Tesco, cuma jalan-jalan. Beli Pencuci kereta, pas tu pergi mengintai akssesories perhiasan diri, Macam-macam ada....
Tak beli pun. Sebab kita bukan kaki melaram dengan perhiasan. Rimas.

Wednesday, January 10, 2007

insurance


Boring betul, penghantaran barang terpaksa ditangguhkan dulu. Semua warehouse tak nak terima tempahan mereka. Penuh kata mereka. Jadi kerana tiada apa-apa nak buat, dan kebetulan pula Agen Insuran aku tu datang, aku pun meminta mereka bertanya insuran pasal orang sakit(yang telah dikethui sakit).
Apa yang menjadi kemusykilan aku ialah, setiap perkumpulan insuran nie pilih kasih, hanya orang yang sehat sahaja yang nak ditolong. Sepatutnya perkumpulan insuran ini mestilah telus. Tak lah bila tau orang tu sakit kronik (sakit yang bukan dicari sendiri) terus kata; "orang yang telah dikehaui berpenyakit tak boleh ambil insuran, risikonya tinggi" inilah sebenarnya yang telah membantutkan usaha aku untuk mengambil insrance, kerana diskriminasi.
Bukankah mereka yang sakit itu, juga memerlukan simpanan, bukan untuk dirinya mungkin untuk orang-orang yang disayanginya. Jika di negeri barat , binatang pun mereka insurankan. Ini tidak, di Malaysia jika dah berpenyakit, terus nak mati aje tempatnya. Panas hati betul!!!!.....
Peluang untuk memgambil insuran pada orang berpenyakit ini sepatutnya dipilihkan pakej yang sesuai untuk mereka, mungkin untuk simpanan sahaja, hadkan bayaran untuk menabong untuk sakit, supaya mereka juga boleh merasa gembira. rasa dihargai, rasa disayangi. Baru lah orang sakit merasa mahu sihat.
Sebenarnya banyak lagi nak tulis, tapi masa tak mengizinkan.
Selamat menyambut tahun Melawat Malaysia Tahun 2007. Sudahkan anda naik Gondola di Taman Tasik Titiwangsa?

ubat kelemumur


Home remedies for Oily hair

- Put cucumber and watermelon in a mixer and massage mixture onto freshly shampooed hair. Leave it on for 15 minutes. Then rinse.
- You can try rinsing your hair with vinegar also. Take one teaspoon of apple cider vinegar and add to a pint of water. This rines removes shampoo residue and adds shine and lustre to hair. Finally, rinse hair thoroughly with plain water to remove the smell.
- Freshen oily hair with lemon by squeezing the juice of two lemons into a pint of distilled water before rinsing your hair with it.
- Dry-shampoo hair by srinkling a small amount of talcum powder onto your hair one section at a time. Rub the powder onto the scalp then comb through the hair with fingers. The powder helps absorb oil. Don't use too much though, otherwise your hair will look white and dull.
- If you have oily hair, chances are your hairbrush is oily too. Some people use baking soda to clean it. Clean the brush and soak in warm water and half a cup of baking soda for 30 minutes. Rinse and pat dry with towel.

Friday, January 5, 2007

betul nie



Tak sangka , rupa-rupanya pokok kaktus ini berbunga. Lama sungguh baru berbunga. Dah nak habis mati barulah berbunga.








Kerja Pejabat
Kerja pejabat hari nie, tak lah boring. Buat satu panggilan kepada Transporter untuk booking lori pergi ipoh. Lepas tu duduk-duduk relax.

Tengahari
Pergi shoping dengan cda kat Giant Bt Caves. Pergi sain Takaful insurance. Buat simpanan. Tiap-tiap 3 tahun boleh dapat RM2500. Lepas tu boleh lah simpan , campur-campur dengan simpanan yang ada untuk tambah pergi UMRAH. InsyaAllah. Hajat hati nak bawa Kakak sekali. Dah khatam dia membaca tatacara membuat umrah dan Haji.

Lepas pergi Giant, singgah sekejap isi minyak. Petronas kat sebelah Giant. Sampai pejabat dalam pukul 3.20pm

Kesah semalam.
Petang balik kerja, apa lagi sibuk menguruskan makan minum anak-anak. Heee.... banyaknya. Dah tak terlayan. Rasa-rasa bila cukup bulan nie adalah yang kena hantar Pasar Selayang atau Chow Kit. Bagi orang lain pula yang bela.

Tuesday, January 2, 2007

Aku keseorangan

hari nie 3 Jan 07. Kat opis hanya ada aku dan cda, seksyen akulah. Seksyen lain tak tau le. Tengahari baru jumpa. nak pergi makan. Yang dah ada anak bersekolah, semuanya cuti. ada juga yang anak masih 4 tahun cuti juga, Namanya Wan Mohamad Nasri.

Tak kerja nie. Kalau ada kerja pun tak leh nak buat. Kerja hari nie hanya untuk hantar barang ke Shah Alam. Pemandu pulak cuti. Katanya nak buat Cukai Jalan Kereta.

Hari nie juga dapat telefon dari Ibu bekas Pekerja Aku, Eddy. Dia tanya kalau-kalau anak dia ada hutang dengan aku. Malam menyambut aidil Adha tu, anaknya Eddy meninggal dunia, kemalangan melanggar Lembu. Motor Langgar lembu. Meninggallah anaknya. Harap-harap lembu tersebut dapat dikorbankan. Taklah membazir.

Begitulah adat yang hidup membayar segala hutang piutang mereka yang telah mati. Kira-kiranyalah kalau anda dah terasa ada kelainan pada hari-hari terakhir kehidupan, cepat-cepatlah lunaskan hutang yang tidak berinsurans. Apabila kamu pergi menghadap Illahi tak lah bersusah-susah orang yang hidup mencari si pemiutang anda. Ingatkan ini untuk saya dan diri anda. Terima kasih.

Oh ya, kebetulan cerita tentang lembu korban nie. Semasa balik melalui jalan Tangak ke Segamat, terserepaklah bangkai lembu yang dah kembung di tepi jalan. agaknya lembu sesat atau lembu korban jatuh dari Lori. Kalau Lembuh jatuh takkan lah si pemandu tu tak perasaan pulak yek? lainlah kalau pemandu tu ........
Lagi satu semasa melalui jalan dari Felda Ulu Tebrau ke Kulai, pun aku jumpa Bangaki Lembu. Tapi kali ini kecil sedikir, ala-ala dara gitu....
Dua gamaknya lembu berkorban tanpa dapat apa-apa balasan. Sayang.

balik kampung dan hari raya

Balik kampung lagi. Kali ini untuk menyambut Hari Raya Aidil Adha yang jatuh pada 31hb Desimber, 2006. Haji Akhbar lagi pada mereka yang menunaikan Haji kerana Ukuf jatuh pada hari Jumaat 29hb Disember 2006.
Kali ini misi aku balik kampung bukan sahaja untuk menyambut Aidil Adha bersama keluarga, ada yang lebih penting lagi iaitu membawa Kakak aku nan sorang nie pulang kembali ke Kuala lumpur. Bulan Sembilan yang lalu, masa menyambut Aidil fitri aku hantarkan dia balik ke Kota Tinggi, bagi membantu abang dan kakak ipar membuat persediaan perkahwinan anak dia. Tanggalnya 11 Nov 2006. Nor Ambrus Namanya. Dapat isteri orang Kuala Terengganu. Namanya sape yek, oh ye! Hanita. Kerja MISI.

Dalam perjalan pulang, keluar aje Tol Tangkak, terus aje masuk ke jalan Segamat. Nampak macam sediakala, maklumlah hari balik tu Hari Sabtu. Sempat juga aku ronda-ronda ke Alor Gajah, beli jering untuk buat makan dengan ketupat di pagi Raya nanti. Sedap gitu. Kembali semula bercerita pasal banjir yang telah menimpa saudara mara, orang senegeriku.

Sampai di simpang masuk Uitm, Segamat barulah aku jumpa air banjir tu, yang memenuhi Sungai gemereh(?) tak ingatlah, maaf. Nanti bagi tau yek!. Adalah rumah yang aku temui masih ditenggelami aras tangga. Malah ada yang lebih tinggi lagi. Sampai kat Segamat lebih kurang pukul 11.30 pagi. Terdapat rekahan besar di bawah jambatan keretapi. Sungai pun menjadi lebih besar. Entah kukuh atau tidak lagi jambatan kereta api tu. Minta-minta kerajaan atau JKR buatlah penilaian. Takut nanti lebih banyak nyawa terkorban.