Ekstrak Kacip Fatimah

Email Address:
Name & Phone:

Put a website form like this on your site.

Wednesday, January 10, 2007

insurance


Boring betul, penghantaran barang terpaksa ditangguhkan dulu. Semua warehouse tak nak terima tempahan mereka. Penuh kata mereka. Jadi kerana tiada apa-apa nak buat, dan kebetulan pula Agen Insuran aku tu datang, aku pun meminta mereka bertanya insuran pasal orang sakit(yang telah dikethui sakit).
Apa yang menjadi kemusykilan aku ialah, setiap perkumpulan insuran nie pilih kasih, hanya orang yang sehat sahaja yang nak ditolong. Sepatutnya perkumpulan insuran ini mestilah telus. Tak lah bila tau orang tu sakit kronik (sakit yang bukan dicari sendiri) terus kata; "orang yang telah dikehaui berpenyakit tak boleh ambil insuran, risikonya tinggi" inilah sebenarnya yang telah membantutkan usaha aku untuk mengambil insrance, kerana diskriminasi.
Bukankah mereka yang sakit itu, juga memerlukan simpanan, bukan untuk dirinya mungkin untuk orang-orang yang disayanginya. Jika di negeri barat , binatang pun mereka insurankan. Ini tidak, di Malaysia jika dah berpenyakit, terus nak mati aje tempatnya. Panas hati betul!!!!.....
Peluang untuk memgambil insuran pada orang berpenyakit ini sepatutnya dipilihkan pakej yang sesuai untuk mereka, mungkin untuk simpanan sahaja, hadkan bayaran untuk menabong untuk sakit, supaya mereka juga boleh merasa gembira. rasa dihargai, rasa disayangi. Baru lah orang sakit merasa mahu sihat.
Sebenarnya banyak lagi nak tulis, tapi masa tak mengizinkan.
Selamat menyambut tahun Melawat Malaysia Tahun 2007. Sudahkan anda naik Gondola di Taman Tasik Titiwangsa?

No comments: