Ekstrak Kacip Fatimah

Email Address:
Name & Phone:

Put a website form like this on your site.

Friday, July 25, 2008

Malasnya hari ini

Saturday, July 19, 2008

Aku Balik Felda Maokil

Hari ni 19 Julai 2008

Jam 5.15pagi aku bertolak dari rumah di Kampung Baru untuk balik Felda Maokil. Bulan ni dah dua kali balik. Minggu sudah tumpang kereta Liza dengan suami dia Din. Ni rumah Pak uteh, abang no 4. Rumah dia tengan dibena baru gantikan rumah dapur lama. Buat rumah batu . Yelah bila nak-anak dah berjaya dan dapat kerja bagus, eloklah gantikan rumah orang tua yang dah uzur dengan rumah baru. Rumah Batu. Nantilah bila lain kali aku isikan gambar rumah dia untuk tatapan semua.

Esok, abang aku yang No 2 akan balik kesini. Sebab itulah aku balik untuk bertemu. Rasanya Pak Uda, Pak itam dan Pak anjang pun ada.

OkLah dah pukul 6 ptg lah. Aku belum hantar Report Card ke atas lagi. Kalau lambat nanti warna Merah. Allah tak suka walau DIA maafkan sebab kelewatan nie.

Kamu yang tengah membacanya dah sembahyang ke? itulah maksud aku sembahyang. aku dapat perkataan nie bila kawan-kawan kerja aku kat Pesona Capital sebuk nak sembayang bila dah lewat , dah hujung2 waktu. "HANTAR REPORT CARD"

Friday, January 18, 2008

Omusalamah

Ini nama kawan aku yang aku jumpa dekat Persona Capital. Dia kerja sebagai Akauntan kat sebuah syarikat yang beralamat di Cheras. Aku jumpa dia kat sini sebab di abuat kerja Part time di Pesona.

Pada masa ini di Pesona Capital ada 'Launching New Saga'.

Sunday, December 9, 2007

Jus Tombak - Resepi Sedap

Inilah kerja yang dilakukan oleh saya ketika cuti hujung minggu yang lalu.

Kemas rumah

Oleh kerana Lena balik kampung , kesempatan ini saya ambil membersihkan bilek dan juga ruang tamu. Almaklumlah , kesempatan untuk berkemas rumah dengan sesungguhnya hanya boleh dibuat apabila Lena tidak bersama. Bukan apa, Lena amat sensitif dengan habuk. Apatah lagi habuk halus yang sukar nampak oleh mata kasar. Opp! Lena sakit Jantung Berlubang, Kata doktor di IJN, kalau buat 'transplant" tak ada pun 50/50. Malah doktor pun tak menyokong beliau.

Seronok betul membuat kerja-kerja mengemas ni. Kalau selama ini tak nampak kat mana kertas, kain koyak, reja kain atau tulang ikan. Bila mengemas begini semua nampak. Yang tersorok dalam tilam, bawah tilam, dalam lipatan, dalan laci dalam almari, semua bagi keluar. Apatah lagi di bawah katil. Kotak-kotak bakul telur, bunga telur, plastik jajan, semuanya akan terkeluar. Dari satu keranjang ke satu keranjang plastik sampah penuh terikat. Saya susun di tepi pintu keluar. Mudah-mudahan bila Lori Alam Flora sampai, dapat dikirimkan ke tempat sepatutnya. Ha! lega. Janji pada diri sendiri untuk buat pembersihan sifar di rumah dapat dilakukan.

Sehari suntuk membuat kerja-kerja pembersihan, terlupa untuk makan. Lalu setelah keringat kering, mesti nak meneguk jus apa-apa yang boleh membasakkan tekak. Teringin pula mencuba resepi JUS TOMBAK. Boleh tahan jugak nie.

JUS TOMBAK

Bahan-bahan :

Separuh Lobak - di potong kecil
2 biji tomato -  dibelah-belah
4 sudu gula
1 botol  solivite

Campurkan kesemua bahan - di belender sehingga halus.
Tuangkan kedalam gelas atau jug (jika banyak)
Masukkan ketulah ais
Sedia untuk diminum.