Ekstrak Kacip Fatimah

Email Address:
Name & Phone:

Put a website form like this on your site.

Sunday, December 9, 2007

Jus Tombak - Resepi Sedap

Inilah kerja yang dilakukan oleh saya ketika cuti hujung minggu yang lalu.

Kemas rumah

Oleh kerana Lena balik kampung , kesempatan ini saya ambil membersihkan bilek dan juga ruang tamu. Almaklumlah , kesempatan untuk berkemas rumah dengan sesungguhnya hanya boleh dibuat apabila Lena tidak bersama. Bukan apa, Lena amat sensitif dengan habuk. Apatah lagi habuk halus yang sukar nampak oleh mata kasar. Opp! Lena sakit Jantung Berlubang, Kata doktor di IJN, kalau buat 'transplant" tak ada pun 50/50. Malah doktor pun tak menyokong beliau.

Seronok betul membuat kerja-kerja mengemas ni. Kalau selama ini tak nampak kat mana kertas, kain koyak, reja kain atau tulang ikan. Bila mengemas begini semua nampak. Yang tersorok dalam tilam, bawah tilam, dalam lipatan, dalan laci dalam almari, semua bagi keluar. Apatah lagi di bawah katil. Kotak-kotak bakul telur, bunga telur, plastik jajan, semuanya akan terkeluar. Dari satu keranjang ke satu keranjang plastik sampah penuh terikat. Saya susun di tepi pintu keluar. Mudah-mudahan bila Lori Alam Flora sampai, dapat dikirimkan ke tempat sepatutnya. Ha! lega. Janji pada diri sendiri untuk buat pembersihan sifar di rumah dapat dilakukan.

Sehari suntuk membuat kerja-kerja pembersihan, terlupa untuk makan. Lalu setelah keringat kering, mesti nak meneguk jus apa-apa yang boleh membasakkan tekak. Teringin pula mencuba resepi JUS TOMBAK. Boleh tahan jugak nie.

JUS TOMBAK

Bahan-bahan :

Separuh Lobak - di potong kecil
2 biji tomato -  dibelah-belah
4 sudu gula
1 botol  solivite

Campurkan kesemua bahan - di belender sehingga halus.
Tuangkan kedalam gelas atau jug (jika banyak)
Masukkan ketulah ais
Sedia untuk diminum.






Wednesday, November 28, 2007

Urusan Mahkamah Syariah - Dapatkan Pembahagian Faraid

Itam datang lagi untuk urusan Andak. Tak selesai lagi. Tangguh pada 31.12.2007 jam 9.30 pagi. Ini kali Kedua dah tangguh. Sebelum nya dari 6 Nov ke 7 Nov.

Panas hati betul. Kalau kata dah tak jadi tu, tak payahlah bagi alasan Emergency. Telefon aje. Taklah susah-susah orang kampung datang Kuala Lumpur. Banyak agaknya duit yang dia bagi untuk buat tambang.

Lama jugak masa untuk selesaikan Nilai Pembahagian Wang bila seseorang saudara kita meninggal Dua sekiranya ia melibakan tuntutan wang yang berada di Tabung Haji, Bank atau apa-apa sahaj Milik kita yang dipegang oleh Pihak Ketiga.

Sunday, November 25, 2007

Bersembang di Shuang Hor Enterprise


Kursus Keusahwanan di Equotarial Hotel

24 Nov 2007

Bersama Yatie Menghadiri Kursus Keusahawan dan Pasaran Saham di Hotel Eqotorial Jalan Ampang.