Ekstrak Kacip Fatimah

Email Address:
Name & Phone:

Put a website form like this on your site.

Wednesday, December 20, 2006

Sazuka


Sazuka dilahirkan pada 30.09.2006 bersama dengan Sinchan dan Sazuki. Sazuka paling chomel. Sinchan dan Sazuki nie hitam berkilat. Ekor kontot.

Wednesday, December 13, 2006

Kerastangan 3


Bunga Ros kecil ini juga dibuat dari lebihan kain. Simple dan mudah membuatnya.

Kerastangan 2


Inipun Bunga Ros yang kakak saya buat. Kakak saya nie duduk di rumah aje. Makan . Tidur. Makan. Tidur. Gemok Gedempol. Jadi bila menonton tv, jika ada kesukaannya dia akan ikuti. Entah mana rancangan yang dia tengok dapatlah hasilnya kuntuman-kuntuman bunga nie. Nahas, kalau ada baju yang baru dipotong, tak siap lagi dah diambil rejanya untuk dibuat bunga. Ini semasa dia mula-mula nak belajar dulu. Perang besar you tau. Sekarang dia dah berhenti buat projek ini. Jadi dia buat semula taik mata .

Kerastangan 1


Bunga ros dijambangan ini merupakan hasil kerja Kakak saya. Ianya dihasilkan dari bahan terbuang(lebihan kain tempahan baju).

Sunday, December 3, 2006

Manis Betik Bersari

Bahan-Bahan

1 biji betik, dibersihkan dan belah dua. Jangan dibuang kulitnya.
1 cawan santan pekat , diperah dengan menggunakan air suam
4 sudu gula pasir
2 sudu gula perang


Cara-Cara Penyediaan.

1- Ambil satu bahagian betik tadi. Sudukan isi betik didalam mangkuk betik (Jangan keluarkan Isi ke tempat lain)
2- Campurkan santan dan gula.
3- Kacau rata perlahan-lahan. Rasalah manisnya. Jika kurang tambah gula lagi.

Ayam Bersari Puteh

Bahan-bahan

1.2 kg ayam dibersihkan. Jangan di lapah.
3 sudu rempah jintan halus
6 ulas bawang putih
2 inci halia