Ekstrak Kacip Fatimah

Email Address:
Name & Phone:

Put a website form like this on your site.

Sunday, June 24, 2007

Umrah 1

Nak Ke Masjid KLIA terpergi Masjid Putrajaya

Ini berlaku kerana tersalah sebut tempat nak dituju. Mujurlah sempat sampai kat KLIA.

Tuesday, June 12, 2007

Gambor Umrah 2007


Nak kabor kat ko orang semua kami dah gi Umrah . La nie Gambo kat ladang unta. Kat Mekah tok leh ambil gambo. Lagi pun tak elok lah. Walau pun gitu aku tengok ramai orang ambil gambah Kaabah, Posing-posing lagi. Maklumlah, sekarang nie camera dah semakin canggih. Jadi susah jugalah pengawal nak cek habis-habisan.

Friday, April 27, 2007

Gambo dari kengkawan





Subhanallah.......

Thursday, April 26, 2007

Semalam Nan Riang Ria

Semalam, Hari Pertabalan Yang Dipertuan Agong.

Pakat-pakat dengan budak rumah, pergi ke Saujana Utama. Nak lihat rumah yang di sewakan. Penyewanya dah lari . Tak palah dah bukan rezeki. Dapat pulak penuewa baru, Tak percaya. Belum jumpa pun dia dah bayar deposit untuk duduk kat rumah itu C 404, Bukan Blok 404 tau, macam cerita NabilaAmy Search )tu.

Selepas masaalah selesai, pergilah membeli belah bunga-bunga kat Nursery yang banyak kat sepanyak jalan Sg Buluh Subang(Jalan Lama) Aku peringatkan dengan member-member agar tak jadi gila bila tengok kebun bunga(Nursery). Nanti kena ikat kaki dan tangan pulak.

Ada yang berhabis, RM20 ke RM50 lah untuk membeli pelbagai jenis bunga dan juga Kaktus. Aku beli Kaktus 2 pasu kecil dengan harga RM5.

Terima kasih, Zana, Zizah, Lena dan Andak, yang telah menemani aku untuk bersiar-siar pada hari ini. Hari dalam sejarah sempena pertabalan Yang Di Pertuan Agong ke 13, Sultan Zainal Abidin, Sultan Terengganu. Seronok dapat melihat seorang permaisuri yang Ayu lagi Bertudung.

Daulat Tuanku.

Datang pukul 8 pagi masuk pukul 10 pagi

Inilah cerita yang paling hebat, tentang orang pergi kerja.

Entah macam mana, semalam Cuti hari pertabalan Yang dipertuan Agong ke 13, Tuanku Mizam, Sultan Terengganu.

Hari Jumaat 27 April, hari kerjalah gamaknya. Sampai kat pejabat pukul 8.15 pagi dapat masuk pukul 10.15 pagi. Tak da kunci opis le . Masing-masing tuding jadi, kata sapa yang last balik hari Rabu tu. Banyaklah masing-masing habis sen... untuk cari pembawa 'Antrax" tu. Akhirnya, terpaksalah cari BOss Besar. Dia pun minta ambil kat rumah dia di Subang Jaya. Makanya sepantas kilatlah, menyusuri jalan ke Subang untuk ambil 'Antraz' tersebut. Yang Boss Kecik pulak, cuti, anak kena athma masuk Hospital Selayang.

'Antrax' tu ada satu aje. Buat satu, satu hilang, buat lagi, hilang lagi, Tak taulah banyak sungguh Cik Ti agaknya kat, pejabat, kat rumah masing-masing. Tak pun dalam keta pemegang 'Antrax' tu.

Baru masuk jap, dah ada yang minta bawa ke Bank pulak. Katanya nak hantar Dokumen Gaji, Oooooo kalau yang nie, tak duduk lagi pun tak pa, mesti hantar punya. Esok Sabtu, Lusa Hari Minggu, Isnin kerja 2 hari lepas tu cuti Hari Buruh dan Vesak. Tak percaya, pakat tak ambil cuti walau pun cuti panjang berjela.

Kemana awak cuti yang berturut-turut tuuuuu?

Thursday, April 12, 2007

Blog Tentang Sambutan 50 tahun Merdeka

Link kat bawah nie, Boss aku yang bagi. Ianya adalah buah fikiran orang-orang yang menulis tu. Aku cuma nak baca apa yang mereka luahkan untuk sekian lama mereka hidup di Bumi Malaysia tercinta.

Kalau engkau orang nak baca, bacalah . Tau ke macam mana nak gi? Tau Kot. cuba-cuba lah sendiri.




Mungkin setelah 50 tahun kita merdeka, sudah tiba masanya kita merenung dan mencari jawapannya yang sebenar.

***************************************

For the next post, I'm tagging Aisehman. He's been around long enough to convince me he's boleh pakai. And I'm curious to know what he has to say as well. You got till 2nd March, man.





o o o o o o o o o o o o o o o o

Wednesday, April 11, 2007

Tuah dan Rezeki

Ini dinamakan Tuah
Semalam 11 April, aku pun dilahirkan. Paling best pada tahun ini, hari lahir dikongsi bersama cucu terbaru, Mohamad Faizal Danish bin Mohd Roslin. Akmar selamat melahirkan bayu lelakinya. Tahniah untuk anak buah aku Roslin.

Ini dinamakan rezeki.
Semalam merupakan hari kedua kursus pengendalian projek di pejabat. Ini bererti makanan untuk mereka yang menyertai kursus ini akan disediakan oleh syarikat. Hari sebelum juga. Semua ini memerikan kemudahan kepada pekerja supaya tidak mengambil masa yang panjang untuk menjamu makan tengahari. Terima kasih kepada Pengarah Syarikat tempat aku bekerja nie. Selalu pun memang buat macam nie.
Nak jadikan cerita. Penyambut tetapi tak datang, jadi aku pun kena gantikan tempat dia. Kebetulan datanglah kawan sekampung aku, Kampung baru Kuala Lumpur buat kerja menaip di kauter depan. Aku pun sembang-sembanglah dengan dia, santai... Maka turunlah HR , kat bawah , entah nak gi mana agaknya. Keluar masuk, keluar masuk . tak gerak-gerak. Talipon sana, talipon sini. aku terus sembang dengan kawan aku Yatie, nak ajak dia pergi kat Perodua Showroom. Aku kata nak tengok MYvvi. Nak beli baru. Tiba-tiba Hr aku menyampok "Tie awak tak nak ke? Yatie jawab 'Nak'. Pas tu HR kata ' Awak punya dengan Su pun ada". Dia tanya Yatie balik " berapa yek yang order hari tu?. yatie jawab " Masukkanlah yang belakan sekali!. Hr diam, Pas tu jawab 'Ah....". aku taulah maksud dia. Tak bagi kita orang kat belakang nie merasa makanan free yang dibayar oleh syarikat. Aku tak kesah pun.
Entahlah kalau dah kata pepatah "Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tau. Tak semena-mena, dekat-dekat time makan tu Supplier aku datang bawa KFC. Wah apa lagi , seronoknya. Alhamdullilah. dapat juga makan free.
KFC tadi aku biarkan lama di atas meja . Tak sangka lak, HR balik, bawa KFC juga. Tentu dia rasa semacam aje.... sebab, mereka yang tak masuk dalam senarai dia, dapat juga makan KFC, FREE LAGI.
Aku pun apa lagi, dok katalah REZEKI, REZEKI, REZEKI, Alhamdullilah.... Ingat kan tak dapat tadi, tapi dah namanya rezeki, rezeki, rezeki....
Ingatlah bahawa :Manusia bukan lah penentu rezeki kepada manusia yang lain, Hanya Allah yang menentukan segala-galanya. Jika bukan rezeki kita, dalam mulut pun boleh terkeluar semula.