Ekstrak Kacip Fatimah

Email Address:
Name & Phone:

Put a website form like this on your site.

Thursday, April 26, 2007

Semalam Nan Riang Ria

Semalam, Hari Pertabalan Yang Dipertuan Agong.

Pakat-pakat dengan budak rumah, pergi ke Saujana Utama. Nak lihat rumah yang di sewakan. Penyewanya dah lari . Tak palah dah bukan rezeki. Dapat pulak penuewa baru, Tak percaya. Belum jumpa pun dia dah bayar deposit untuk duduk kat rumah itu C 404, Bukan Blok 404 tau, macam cerita NabilaAmy Search )tu.

Selepas masaalah selesai, pergilah membeli belah bunga-bunga kat Nursery yang banyak kat sepanyak jalan Sg Buluh Subang(Jalan Lama) Aku peringatkan dengan member-member agar tak jadi gila bila tengok kebun bunga(Nursery). Nanti kena ikat kaki dan tangan pulak.

Ada yang berhabis, RM20 ke RM50 lah untuk membeli pelbagai jenis bunga dan juga Kaktus. Aku beli Kaktus 2 pasu kecil dengan harga RM5.

Terima kasih, Zana, Zizah, Lena dan Andak, yang telah menemani aku untuk bersiar-siar pada hari ini. Hari dalam sejarah sempena pertabalan Yang Di Pertuan Agong ke 13, Sultan Zainal Abidin, Sultan Terengganu. Seronok dapat melihat seorang permaisuri yang Ayu lagi Bertudung.

Daulat Tuanku.

No comments: