Ekstrak Kacip Fatimah

Email Address:
Name & Phone:

Put a website form like this on your site.

Wednesday, November 9, 2011

Aku Ingin Hidup lagi - Keinginan Yang Tak Pernah Terpadam



Inilah berita yang sangat mengembirakan seluruh ahli keluarga walaupun dalam seribu kepayahan untuk menerima kenyataan yang anakanda Zalena telah mendapat Penderma Organ.

  • 18hb Oktober mendapat panggilan Stand By dari Pegawai IJN (Mak Chik ada di Maokil kerana melawat ayah Lena di Hospital Segamat . Alhamdulillah tengahri selasa tu ayah telah didaftar keluarkan dari HSg. Jam 4.30 petang sampai di Felda Maokil.  Berehat seketika sambil menonton Tv .  Dapat Pangillah dari Lena kata IJN panggil untuk masuk Wad.  Selepas Maghrib , Makchik , Emak dan Hisyam bertolak ke Kuala Lumpur. Jam 10.30 malam sampai di IJN. Setelah berbual sehingga jam 12.00 mlm, kami balik kekampung Bharu dulu bersama-sama dengan kluarga CT Aliza.  Kami boleh datang balik jam 8.00 pagi hari  Rabu Oktober 19, 2011.
  • Malam Rabu 19hb Lena tidur di IJN bersama MIMI  untuk menanti siang hari (Pagi , sebelum jam 8.oo pagi kami dah sampai dari Kampung Bharu, berkumpul dibilek yang disediakan Tingkat 3. Dalam pada itu sileh berganti doktor pakar masuk, dari pakar makanan, pakar bius, pakar bedah, koordinator... dan lain-lainnye.  Mereka mempunyai tugas masing-masing yang perlu disampaikan kepada Pesakit dan juga Ahli keluarga dengan ringkas tetapi padat.  
  • Oct 19, 2011, jam 12.00 tghari Lena ditukarkan dengan baju bertali, dan didudukan di ats troli untuk di masukkan kedewan bedah.  Sampai pintu pertama , kami sekali lagi menanti , sebab surat consent dari Hakim belum diterima.   Jam 12.30 anakanda Zalena di tolak masuk . Emak dan adik-adik bersalam dengan salam terakhir.   Lena sempat membuat Jenaka  :Sekiranya ada orang tel kata dia pergi melancong ke Langkawi selama dua hari."   aku tanam tekad dia akan kembali sebagaimana harapan semua orang.
  • Liza dan anak-anak balik ke ampang.  Mak Chik dan Ibu Zalena beserta Hisyam menanti dengan penuh debaran.  "YA ALLAH pohon kejayaan untuk anakanda Zalena... agar dapat dia terus berbakti kepada kedua orang tuanya.  Kami menanti sehingga jam 12.00 malam, apabila Makchik meminta kebenaran dari Kordinator untuk bawa Ibu Zalena balik dulu.   Alhamdullillah, kata dia  "Boleh tunggu 10 ke 20 minit lagi Zalena akan di bawa ke WAD ICU" ."OK" Mak Chik kata.    Akhirnya tepat jam 12.30mlm dapatlak Ibu Zalena melihat anaknya di Wad ICU dalam keadaan yang tenang, tetapi penuh dengan wayar yang menyaluti tubuhnya.
  • Kita sambung lain kali ... nak buat kerja pulak..

Buang Bayi Semakin Ketara Berlaku

Semalam ada berita kesah seorang Bayi dibuang di tong sampah, dengan hanya dibungkus dengan kertas surat khabar sahaja.  Malang lagi tali pusat masih ada... menandakan ia baharu sahaja di lahirkan.  Ya Allah gejala membuang bayi semakin banyak berlaku , tidak adakah tindakan pencegahan yang lebih berkesan boleh dilakukan.   Apa tindakan yang sangat berhasil atau munasabah dari Jabatan Agama Islam sendiri.  Lemas memikirkan ini.

Pendidikan  Awal  anak-anak  Bermula di rumah
  •   Mengenalkan mereka kepada semua ahli keluarga - walaupun sebenarnya mereka telah tahu dan mengerti
  • Mengingatkan mereka apakah tanggungjawab atau peranan  setiap ahli keluarga  dan juga diri sendiri
  •  Memberikan contoh-contoh benda yang salah untuk dikuti, diteladani 
  • Memberikan contoh sesuatu perkara yang baik, dan patut menjadi contoh 


Thursday, October 13, 2011

Apa menu tengahhari ini

Kesibukan Bekerja telah membuatkan ramai orang tidak begitu mengambil pot dengan penjagaan kesihatan mereka.  Misalnya sarapan , makan tenghari, minum petang dan makan malam, selalu sahaja tidak mengikut waktu yang betul.  Jika ada kesempatan , makan jika tidak ambil bila rasa benar-benar dah kebulur. 

Tabiat ini sebenarnya amat buruk.  Inilah yang akan membuat kesimbangan badan tidak menepati dengan ketinggian.  Makan tidak tepat waktu akan membuahkan beberapa penyakit  kepada seseorang , misalnya
gastrik
obesiti
kurang selera
kepenatan
mudah letih

Oleh itu jagalah masa makan mengikut jadual yang betul, jangan jadikan kesibukan bekerja membataskan masa untuk makan.  Tetapi harus juga di ingat "Berhenti sebelum Kenyang"

Apa bekal anda di bawa kepejabat pagi ini?

Masak pindang ikan gelama merah denga ulam daun penganga .



Friday, October 7, 2011

Kenapa Nama Dia siputbabi

Tertarik sungguh dengan teka Teki ini


KENAPA  SIPUT BABI  JALAN  LAMBAT?


Gambar Keluar Kat TV3


Hari Ini Dalam Sejarah dapat Keluar TV 3 pada Khamis 6Hb October 2011.   Itupun kerana ada slot untuk Mencari Penderma Organ.  Bercerita saakan Lena derita penyakit yang di alaminya.  Sakit Jantung Berlubang dan Paru-paru.   Sayang anak buah Acik.  Mudah-mudahan Allah memerikan peluang untuk mu mendapat seorang yang begitu Istemewa bersedia mendermakan Jantung dan paru-paru dia kepadamu, InsyaAllah.

Bertahun menjalani kehidupan dalam keadaan mengah dan biru hujung jari kaki dan tangan, apatah lagi wajah yang jika ditoreh tidak berdarah, dia masih lagi cekal untuk bekerja  dengan tekun dan sabar.  Berbagai doa dipanjatkan kepada Yang MAHA ESA mohon usianya dilanjutkan agar dapat terus membantu dan berkhidmat untuk kedua orang tuanya sehingga nafas terakhir.

Thursday, September 15, 2011

Melayu Itu

Saya kutip sajak ini dari surat khabar lama yang ditampal dalam buku lama saya.  Bacalah, mudah-mudahan anda dapat memahami, makna yang tersirat. 

Melayu Itu Orang Yang Bijaksana
nakalnya bersulam jenaka
budi bahasanya tidak terkira
kurang ajarnya tetap santun
jika menipu pun masih bersopan
bila mengampu bijak beralas tangan

Melayu itu berani jika bersalah
kecut takut kerana benar
janji simpan di perut
selalu pecah di mulu
biar mati adat
jangan mati anak

Melayu di Tanah Semenanjung
luas maknanya
Jawa itu Melayu, bUgis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu
Minangkabau memang Melayu
keturunan Aceh adalah Melayu
Jakun dan Sakai asli Melayu
Arab dan Pakistani, semua melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mualaf bertakrif Melayu
(setelah disunat anunya itu...)

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
kias kata bidal pusaka
akar budi bersulamkan daya
gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
terlalu ghairah pesta temasya
sedangkan kampung telah tergadai
sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual.

Meski telah memiliki telaga
tangan masih memegang tali
sedang orang mencapai timba
berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
walaupun sudah mengenal universiti
masih berdagang di rumah sendiri

Berkelahi cara Melayu
menikam dengan pantun
menyanggah dengan senyuman
marahnya dengan diam
merendah bukan menyembah
meninggi bukan melonjak

Watak  Melayu menolak permusuhan s
setia dan sabar tiada sempadan
tapi jika marah tak nampak telinga
musuh dicari ke lubang cacing
tak dapat tanduk telinga dijinjing
maruah dan agama dihina jangan
hebat amuknya tak kenal lawan.

Beramai cara Melayu indah sekali
silaturrahim hati yang murni
madu diungakap sentiasa bersahut
tangan dihulur sentiasa bersambut
luka pun tidak lagi berparut.

Baiknya hati Melayu itu
tak terbandingkan
segala yang ada sanggup diberikan
sehingga tercipta sebuah kiasan
:Dagang lalu nasi ditanakkan
suami pulang lapar tak makan
kera  di hutan disusu-susukan
anak di pangkuan mati kebuluran

Bagaimanakah Melayu
abad dua puluh satu (21),
masihkah tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
jika pantang menghalang kemajuan
jangan segan menentang larangan
jika yakin kepada kebenaran
jangan malu mengucapkan keyakinan
jika percaya kepada keadilan

Jadilah bangsa yang bijaksana
memegang tali memegang timba
memiliki ekonomi mencipta budaya
menjadi tuan di negara merdeka.

- Usman Awang -

Nak Buka Kedai Online dengan Modal Rendah
Daftar PERCUMA Di SiNi


Wednesday, September 14, 2011

Anak Saudara & Cucuku

Anak Long
1. Mohd Narang    
  • Aziq
  • Hafiz
  • Umairah
  • Adik
2. Junaidah

                                                                                     
  1. Junaidah
  2. Amerey
  3. Fadly
  4. Faizul
Anak Ngah
  1. Nor Amros
  2. Nor Azman
  3. Siti Rohani
  4. Kamarul Arifin
  5. Siti Zulaika
Anak Uda
  1. Rabidin
  2. Zakariah
  3. Anak P- lupa nama lak
  4. Azlan
  5. Mansor
  6. Zaleha
  7. Busu
Anak Uteh
  1. Zalena
  2. Siti Aliza
  3. Rosman
  4. Mazwin(Dah Simpan)
  5. Azlin
  6. Atai
  7. Hisyam
Anak Kakak

Anak Hitam
  1. Along
  2. Azrul Fadly
  3. Bagong
  4. Wahidah
  5. Hafizah
  6. Mohd Fais Farhan
  7. Baby
Anak Anjang
  1. Fateha
  2. Norhazwani
  3. Fateh
  4. Fazrul
Anak Acik
Anak Adik/Usu
  1. Ona
  2. Farhan

TOTAL  ; ANAK SAUDARA - 37 ORANG