Hari ini terasa rindu dengan Andak.
Ina bagi tau Rumah Andak telah siap dipasang , cantik. Pokok bunga pan halus yang ditanam semasa raya telah hidup dengan subur. Menghijau. Meyiapkan rumah anda agar kelihatan kemas dan bersih telah aku laksanakan. Mudah-mudahan Allah memberikan aku masa untuk datang melawat rumah Andak setiap kali aku pulang ke Kampung.
Apa pun Tak Boleh Jika Tidak Berusaha Untuk Mendapatkan Sesuatu Yang Di idamkan seperti Wang yang banyak, rumah besar, kereta besar, isteri besar cantik dan soleha. Perlu anjakan Yang Bertubi untuk mencapainya. Jangan Hanya Hangat-Hangat Ta__ A___
Wednesday, October 31, 2007
Makan Tose

Sejenis makanan milik Kaum India
Rasanya sedikit masam pada mula makan dan lebih masam bila rasa dah kenyang.
Rupanya : Bulan, Nipis, sebesar kuali mengoreng rosi canai.
Dimakan bersama kuah dal, kari dan .......
Hari ini sebenarnya tak ada mood nak kerja, sebab semua kawan-kawan dah pindah ke Petaling jaya. Tak dapatlah makan Tose lagi bersama Ana dan Yan. Mereka berdua nie kawan kita makan Tose setiap pagi. Malangnya selepas nie kita terpaksalah makan Tose sendiri-sendiri di Kedai ANUJA. Ha! Ha! Ha!.......
Apa yang mengembirakan. Boss Besar akan mendekorasikan bilik ditingkat 3 dengan "design" yang baru. Ala-ala koperat gitu. Bidang kerja juga akan ditambah atau dirombak. Masih lagi tak tau nak teruskan dengan jenis perniagaan yang bagaimana sesuiai dengan syarikat tempat kita bekerja nie. Mudah-mudahan syarikat lebih maju dan mudah-mudahan juga ada pertambahan pekerja dibahagian pemasaran, sepaya syarikat ini akan terus dikenali seluruh Malaysia,
Dengar kata kengkawan yang pindah mereka dapat pertambahan gaji dan mungkin ada kenaikan lagi selepas tiga bulan. Alhamdullilah..........
Sunday, October 28, 2007
Yang pindah
Hari ini semua pekerja anggerik sebok mengemaskan barang mereka untuk berpindah ketempat lain. Mulai 1 nov 07 mereka telah jauh terasing dari aku dan "Gedik". Yang tinggal Kak Ct dan Nenek Yatie.
Hari ini juga ada jamuan makan hari Raya yang dikongsi bersama-sama membawanya. Pelbagai juada ada di bawa. Dari Nasi Dagang, Nasi Goreng, Bee Hon Goreng dan juga Kueh Mueh Hari Raya.
Hari ini juga ada jamuan makan hari Raya yang dikongsi bersama-sama membawanya. Pelbagai juada ada di bawa. Dari Nasi Dagang, Nasi Goreng, Bee Hon Goreng dan juga Kueh Mueh Hari Raya.
Friday, September 14, 2007
Andak dah Tiada
6.9.2007
Jam 3.30 pagi, aku dapat berita mengejutkan. Andak meninggal di HBKL.
Aku tak dapat menulis panjang dilaman ini. Aku tak boleh nak cerita segalanya. Apapun aku doakan Kakak sentiasa dibawah lindungan DIA.
Walau apa pun keadaan nya aku amat menyayangi kakak. Betapa pun sewaktu hayatnya aku selalu marah kakak. Di hati aku selalu bertanya " Bahagiakah Kakak Hidup bersama aku di dunia yang hanya sementara ini"
Hanya engkau Kakak ku seorang. Allah dah bawa dia pergi. Terdetik rindu yang tak boleh dinyatakan dengan kata-kata.
"Ya Rabbi ....................."

Sebahagian gambar kakak ketika aku dia mengerjakan Umrah pada penghujung Mei 2007.
(20 Mei 2007 - 6 Jun 2007)
Tuesday, September 4, 2007
Bawa Andak ke HBKL
4.9.2007
Hari ini Lena bawa andaknya ke HBKL.
Kena masuk air, cucuk ubat dan bagi bantuan Oksigen lagi. Kesin Lena kena bawa Andaknya ke Hospital. Sedang aku pergi kerja.
Hari ini Lena bawa andaknya ke HBKL.
Kena masuk air, cucuk ubat dan bagi bantuan Oksigen lagi. Kesin Lena kena bawa Andaknya ke Hospital. Sedang aku pergi kerja.
Acak Beranak Lagi
3.9.2007
Pagi nie Acak beranak lagi, 2 ekor semuanya. Hitam penuh dan seekor lagi hitam putih . Belum tau lagi berapa jantan dan berapa betina. Si Castello duduk menunggu Acak (ibunya) beranak. Siap tolong bersihkan muka ibunya lagi. Dan Acak pulak bila Castello hilang dimata, mula lah dia bergerak dan mengiau . Aku ambil Castello letak semula dekat Acak.
Pulang dari kerja aku lihat baby Acak 3 ekor. Tambah se ekor lagi warna merah, hitam dan putih. Pastinya yang terakhir ini betina.
Ini merupakan kali ke tiga acak beranak. Anak yang pertama 3 ekor juga. Hitam dua, putih kelabu se ekor. Kesemuanya mati. Sazuka mati waktu kecil lagi, kurang susu. Se ekor lagi mati sebab sakit perut dan ketiga mati sebab kena buang jiran aku. Kemudiannya Acak beranak lagi, keluarlah Castello, se ekor aje hujung bulan mei 2007.

Sayang nak buang Acak, sebab dia cantik dan besar badan-nya. Waktu kecil dulu Acak selalu sakit perut, berak cair. Aku tonggangkan minyak gamat kat Jubornya. Setiap hari sekali. Akhirnya sakit perut Acak pun hilang. Aku terus beri minum minyak gamat sesudu sesudu. sehingga Acak benar-benar pulih. Sebab itulah Acak kini mempunyai saiz yang besar dan sehat. Acak paling suka makan Ikan rebus. Kalau dah rebus, maunya sepuluh ekor pun tak cukup. aku beri Acak Ikan sadin kukus. Castello pun begitu juga. Bila dah makan terlentang atas tilam, mati tak sedar diri.
Sayang Acak.
Subscribe to:
Posts (Atom)