Ekstrak Kacip Fatimah

Email Address:
Name & Phone:

Put a website form like this on your site.

Thursday, April 12, 2007

Blog Tentang Sambutan 50 tahun Merdeka

Link kat bawah nie, Boss aku yang bagi. Ianya adalah buah fikiran orang-orang yang menulis tu. Aku cuma nak baca apa yang mereka luahkan untuk sekian lama mereka hidup di Bumi Malaysia tercinta.

Kalau engkau orang nak baca, bacalah . Tau ke macam mana nak gi? Tau Kot. cuba-cuba lah sendiri.




Mungkin setelah 50 tahun kita merdeka, sudah tiba masanya kita merenung dan mencari jawapannya yang sebenar.

***************************************

For the next post, I'm tagging Aisehman. He's been around long enough to convince me he's boleh pakai. And I'm curious to know what he has to say as well. You got till 2nd March, man.





o o o o o o o o o o o o o o o o

Wednesday, April 11, 2007

Tuah dan Rezeki

Ini dinamakan Tuah
Semalam 11 April, aku pun dilahirkan. Paling best pada tahun ini, hari lahir dikongsi bersama cucu terbaru, Mohamad Faizal Danish bin Mohd Roslin. Akmar selamat melahirkan bayu lelakinya. Tahniah untuk anak buah aku Roslin.

Ini dinamakan rezeki.
Semalam merupakan hari kedua kursus pengendalian projek di pejabat. Ini bererti makanan untuk mereka yang menyertai kursus ini akan disediakan oleh syarikat. Hari sebelum juga. Semua ini memerikan kemudahan kepada pekerja supaya tidak mengambil masa yang panjang untuk menjamu makan tengahari. Terima kasih kepada Pengarah Syarikat tempat aku bekerja nie. Selalu pun memang buat macam nie.
Nak jadikan cerita. Penyambut tetapi tak datang, jadi aku pun kena gantikan tempat dia. Kebetulan datanglah kawan sekampung aku, Kampung baru Kuala Lumpur buat kerja menaip di kauter depan. Aku pun sembang-sembanglah dengan dia, santai... Maka turunlah HR , kat bawah , entah nak gi mana agaknya. Keluar masuk, keluar masuk . tak gerak-gerak. Talipon sana, talipon sini. aku terus sembang dengan kawan aku Yatie, nak ajak dia pergi kat Perodua Showroom. Aku kata nak tengok MYvvi. Nak beli baru. Tiba-tiba Hr aku menyampok "Tie awak tak nak ke? Yatie jawab 'Nak'. Pas tu HR kata ' Awak punya dengan Su pun ada". Dia tanya Yatie balik " berapa yek yang order hari tu?. yatie jawab " Masukkanlah yang belakan sekali!. Hr diam, Pas tu jawab 'Ah....". aku taulah maksud dia. Tak bagi kita orang kat belakang nie merasa makanan free yang dibayar oleh syarikat. Aku tak kesah pun.
Entahlah kalau dah kata pepatah "Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tau. Tak semena-mena, dekat-dekat time makan tu Supplier aku datang bawa KFC. Wah apa lagi , seronoknya. Alhamdullilah. dapat juga makan free.
KFC tadi aku biarkan lama di atas meja . Tak sangka lak, HR balik, bawa KFC juga. Tentu dia rasa semacam aje.... sebab, mereka yang tak masuk dalam senarai dia, dapat juga makan KFC, FREE LAGI.
Aku pun apa lagi, dok katalah REZEKI, REZEKI, REZEKI, Alhamdullilah.... Ingat kan tak dapat tadi, tapi dah namanya rezeki, rezeki, rezeki....
Ingatlah bahawa :Manusia bukan lah penentu rezeki kepada manusia yang lain, Hanya Allah yang menentukan segala-galanya. Jika bukan rezeki kita, dalam mulut pun boleh terkeluar semula.

Thursday, April 5, 2007

Akhmar Nak bersalin

Lagi berita yang menambah ahli keluarga

Akhmar nie anak menantu aku. Berkahwin pada bulan April 2005. Orang Kuala Lumpur.
Kata Lena, nak bersalin. dah masuk Wad hari ini 6.4.2007. Mudah-mudahan selamat.

Jadi kalau lahirnya, ini erti nya Cucu aku le. Hai.... tambah veteren gamaknya.

Mimi nak Bedah di Institut Jantung Negara



Semalam aku dapat massage, Mimi budak sabah (Kawan lena) nak operation kat IJN. Jantung dia dah tersumbat teruk. Lina pulak ada dua lubang kat jantung dia, sebagaimana di kata kan oleh doktor pada tahun 1998. Kata doktor kat IJN tu, lina dijangkakan dapat bertahan lebih kurang 10 tahun aje lagi. Canpur tolak , gedebak, gedebuk, pejam chelik, ini bererti tinggal lagi setahun dua aje dia dapat ku tatap wajahnya. Ya Allah, semakin sepi aku rasanya. Satu-satunya anak saudara yang tinggal dengan aku semenjak penyakit Jantungnya di kesan. Tulah gambar lena, dengan Buyok.

Tuesday, April 3, 2007

Kerja lagi

hai, boring betul le. semua kengkawan gi makan dah , lum pun pukul 1 ptg. dia orang dah lapau agaknya. entah. Nampaknya makan sorang-soranglah nie.
kat pejabat sekarang nie ada Chief, wan , zaini dan John. Tadi Awik datang, tapi dah balik. Tak keja lagi nak buat.

Malas sungguh ari nie. Entah napa.

Monday, April 2, 2007

Kawan Aku kat Pejabat


Inilah Yati, Kawan aku yang cuti , balik kampung di Alor Setar. Katanya ayah dia sakit. Semoga dia selamat kembali ke Kuala Lumpur.
Cun gila...

Kuala Lumpur - Kota Tinggi


Aku balik dari Kota Tinggi malam 1 April 2007. Jam 12.00 tengah malam. Sampai Kuala Lumpur jam 4.40 pagi 2 april 2007.


Ngantuk nya..... Aku balik dengan Cik Rubiah.

Ini gambar Jerry .