Ekstrak Kacip Fatimah

Email Address:
Name & Phone:

Put a website form like this on your site.

Wednesday, October 10, 2012

Akhirnya Anakku Pergi Jua

Ini merupakan minggu ketiga selepas, anak kesayanganku pergi menghadap Yang Maha Pencipta pada 9.37 pagi 21hb September 2012.  Baru kini dapat Bonda meluangkan masa mencatatkan segala cerita yang telah mengundang sedih, duka, gembira , kebahagian , gundah gulana, rasa terpinggir dan segala rasa yang tidak dapat digambarkan.

Berbekalkan semangat juang untuk hidup anakku, meniti perjalannan hidupnya dengan penuh tabah . Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Maafkan bonda kerana tidak mejaga kebajikan mu dengan baik dan teratur, Bonda lupa amanah itu bukan hanya untuk Ibu Kandungmu malah berlebihan lagi untuk diri Bonda sendiri. 


Rindu ini hanya DIA yang Maha Mengetahui.

Tiada kata Yang Dapat DiUcapkan...........................................................................
...................................................................................................................
..........................................................................................
....................................................
.......................
kosong dan tidak bermakna...
"AL FATEHA'

Monday, August 13, 2012

Malam ke 25 Ramadhan

Malam ini malam ke 25 Ramadhan, merupakan malam ganjil. Malam LailatulQadar.  Satu malam beramal bersamaan dengan 1000 bulan.  Penuhi malam ini dengan atau malam ganjil di sepuluh malam terakhir untuk mendapat nikmat seribu bulan beramal hanya pada semalam sahaja.

Malam LailatulQadar ditunggu
Bermula dua pagi hingga subuh menjelma kembali
Mulai bangkit menunaikan solat
Solat Sunat, Taubat, Solat Tahajud
diudahi dengan Sunat Tasbih.

Jangan Lupa kunci jam
Terjaga jangan pula Terlena semula
Bangkit bila sahaja dikejut
Malam Lailatul Qadar Hanya semalam dalam sebulan
Membawa rahmat kepada Pengamalmya
Mintalah apa sahaja,
Minta aman
Minta kaya
Minta rezeki bertimbun
Minta Jodoh
Minta tambah zuriah
Minta zurih ramai-ramai
dan apa sahaja yang terlintas dihati
semua yang baik-baik belaka

YaALLAH, phon aku diberikan petunjuk
sebagai mana telah dilalui mereka yang menjumpai
Malam LailatulQadarmu yang penuh keberkatan
Biarpun aku bukan golongan yang disayang
Biarpun aku bukan golongan yang menepati waktu
Aku meminta sangat-sangat diberi peluang
Bertemu LailatulQadar
Malam Seribu rahmat
Malam Seribu Bulan

Amin.

Tuesday, August 7, 2012

Selling Online - Free and Sell More



INSTANTLY INCREASE YOUR SALES ...by plugging your products and services into TripleClicks.
•We take you global! Reach millions of potential customers worldwide on one of the fastest growing, international e-commerce sites on the Web.

•We put the marketing muscle of over 100,000 SFI affiliates to work for you, promoting and selling your products and services in over 20,000 cities in over 190 countries!

•Simply sign up, submit your products and services, and get ready to take orders! It's quick, simple, and there's no risk because you pay nothing unless we get you sales. For complete details, go to:
"HERE!!!!!"

Jangan Harap Balasan Bila Kita dah Memberi

Tangan Yang dia tas Lebih Baik 
dari Tangan Yang Di Bawah
Jika kita membantu orang jangan harapkan balasan dari orang yang sama. Selalu yang terjadi orang lain yang akan membantu kita ketika kita dalam kesusahan.

Kenapa saya kata demikian, jika kita mengharap orang yang sama yang akan membantu kita
nanti hati menjadi tidak keruan ; nak tolong ke tidak, takut esok-esok dia tak tolong kita
nanti keikhlasan tidak terpancar di wajah
nanti fikiran jadi celaru,
nanti kalau duit yang diguna berganti ke tidak
nanti penat aje dapat, cerca pula yang diterima
ataupun
Entah mungkin pada saat itu dia sudah berada jauh dari gapaian tangan. 
Entah dia pun sudah menghilangkan diri.
Entah dia pun makin bertambah tenat atau ditimpa malang berganda
Entah dia telah melupakan kita.
dan semuanya entah... entah

Apapun jua tetapkan hati untuk mendapat Reda ILLAHI.

Pada saaat Lena berjuang untuk hidup, selalu aje dia risaukan keadaan aku, takut tak ada orang yang prihatin, tak orang yang akan jaga, tak ada orang yang akan tunggu jika sakit pening, ialah semuanya tak ada... Maklumlah hidup sebatang kata. Tak ada emak dan tak ada ibu.  Hari -hari yang dilalui dia hanya risaukan tentang diriku...  lalu pada dia aku bisikkan

"Walau apapun yang terjadi Machin amat sayang dengan Ina, Sayang sangat-sangat.  Jangan risu tentang Ma Chik sebab, kita tak boleh tentukan siapa yang akan jaga kita di masa depan. Semuanya dalam Ketentuan Allah. Kita  Mak Chik tak pernah kesah ini dapat jaga Ma Chik ke tidak, yang penting Ina boleh baik.  Ina kena fikir untuk sembuh , jangan fikir tentang itu semua. " Ina kena kuatkan semangat, untuk pulih. Bila Ina dan pulih kita sama-sama pergi Umrah ke Buat Hajike, pergi Langkawike...  mana-mana aje kita boleh pergi.  Ok!!! " Dia nagguk"



Monday, July 23, 2012

Kenapa Susah Sangat Nak Makan Kurma


Sabda Rasulullah :
"Sesiapa yang memakan tujuh biji Tamar Ajwah,
dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu."
(Riwayat Imam Bukhari)

Pokok Kurma adalah sejenis tumbuhan palma atau bahasa saintifiknya, Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan samada masak atau mentah.  Sepanjang Bulan Ramadhan buah kurma boleh dilihat di jual di pasar-pasar Ramadhan dan juga di pasaraya-pasaraya besar Carefore, Tesco, Hero, Giant dan seangkatannya.

Mengambil Kurma sebagai santapan ketika berbuka puasa merupakan Sunnah Nabi s.a.w. Buah istimewa yang banyak di dapati di negara Timur Tengah ini memiliki banyak khasiat dari sudut kesihatan. Ia mengandungi kandungan
  • Zat besi
  • potasium
  • kalsium
  • fosforus
  • sodium
  • vitamin A & b
  • niasin yang tinggi
Kurma juga membantu memperkuatkan daya
  • Tahan tubuh
  • mengingkatkan stamina
  • menggalakan pertumbuhan tuland pada kanak-kanak
  • menlancarkan sistem penghadaman
  • dapat melindungi badan dari pengumpulan kolestrol
Disamping itu kadar potasiumnya 2 kali ganda lebih tinggi daripada sebiji pisang. Kurma juga dapat membantu mencegah pelbagai penyakit seperti
  • sakit kerongkong
  • demam
  • cirit-birit
  • sakit perut
  • menjaga penglihatan
  • Memanaskan badan
  • mencergaskan minda
  • membantu tumbesaran kanak-kanak
Selain daripada itu, kurma juga membantu melicinkan
  • perjalanan darah
  • merawat buah pinggang
  • mencuci hati
  • membantu mengurangkan pengaliran darah ketika melahirkan anak
Kurma juga mengandungi kabohidrat yang tinggi yang membolehkan membekal banyak tenaga dan kandungan zat gizinya yang tinggi penting bagi fungsi tubuh iaitu kalium khusus uantuk kebaikan jantung dan pembuluh darah.

Galian dalam kurma pula berfungsi untuk membetulkan denyutan jantung, mengaktifkan pengecutan otot, dan mengatur tekanan darah.

Gula yang terkandung dalam kurma pula mudah diserap dalam tubuh tanpa perlu melalui proses yang panjang

Bagaimana memastikan Kesegaran Kurma anda ?
Simpan ia di dalam Peti Sejuk
Buah Kurma yang bertangkai adalah kurma yang paling baik dari segi qualitinya.

Monday, July 16, 2012

Guna 5 minit Untuk Serikan Wajah




Pagi ini Akak membaca satu artikal di dalam Majalah LifeLine milik Boss akak. 
 Di muka depan majalah ini terdapat  tajuk "Stunning Skin in 5 minutes".
Tajuk ini  amat mengujakan akak.  Lalu akan pun mencuba dan terasa
  melegakan kepala dan rasa segar.   Jadi akak 'scan"kan cara yang di ajar :

Sila layari laman web ini untuk mendapatkan tip-tip yang lain