Ekstrak Kacip Fatimah

Email Address:
Name & Phone:

Put a website form like this on your site.

Wednesday, September 7, 2011

Bila Cinta Berbunga Lagi

Kalau Baca Tajuk rasanye macam sedap aje bunyi nye... Tentu semua orang nak baca lagi, dan lagi... Bila dah masuk blok nie, tak ada apa yang istemewa... Hampas... 

Perjalanan Meraikan Hari Raya Aidil Fitri Tahun 2011

27 Ogos - Keluar dari Rumah Kampung Baru Kuala Lumpur, jam 7.30 pagi     Tidor Sebentar selama 30 minit di Hentian Air Keroh untuk rehatkan Mata mengantuk  Jam 10.00 pagi sampai di Felda Moakil Labis, Segamat rumah  Uteh Ali surat Khabar.  Jam  11.00 mula menganyam ketupat untuk dapat 100 biji untuk dijual kepada pelanggan.   (Uteh Ali mejual Daun ketupat Kampung )  . 100 biji ketupat kosong boleh dapat RM30.

28 Ogos -  Ahad.  Bertolak ke Muar jam 9.00 pagi  untuk menziarahi Pusara Ayah dan Bonda   yang terletak di Tanah Wakaf Kampung Simpang Baba ( Tanah Wakaf disini bersih dan   dijaga oleh pehak ketiga yang di amanahkan oleh JAIJ.  Singgah sebentar di Rumah Mak Uda Timah bertanya khabar . Mak Uda adalah  sepupu   Ibu- beliau sering mempelawa aku dan adik makan tengahari bila pulang dari sekolah -   setelah  emak meninggal dunia seterusnya setelah ayah meningga sepuluh tahun kemudian.  10.30 pagi, aku meneruskan perjalan menuju ke Labis tetapi menukar laluan masuk ke  lebuh raya  Pagoh ke Ayer Hitam.   Sekali lagi  aku singgah sebentar di H & R  Macam   Yoeng Peng untuk melepaskan rasa mengantuk.  Lima belas minit kemudian aku sambung    perjalanan menuju ke Ayer Hitam.  Di ayer Hitam ada rumah Arwah Abang Itam Ahmad.   Pukul  1.30 ptg aku park kereta jauh sikit dari rumah.  Ketika Azan Dzohor bergema , aku dah terpacak depan pintu rumah Kaka Ipar.  ucapkan "Assalamualaikum" kepada tuan rumah, anak saudaraku bernama Hafizah muncul, sambil lewa... tak terperasan dan menyangka emak saudara dia yang ada kat depan mata.  Demi mata bertembung sahaja,  terlopong dan terjerit-jerit ' eehhh Mak Chik..."   Kami bersalam dan berpelukkan ala-ala orang Arab gitu (Trend kasih sayang mengerat silaturarhim)

Malam minggu aku menjadi tetapi tak diundang dirumah peninggalan Arwah abangku.   Selepas  berbuka aku bersama Kakak Ipar menunaikan Solat Tarawikh malam yang ke 20 Ramadhan di Surau Taman Ros yang terletak seberang Tambak Labis Yong Peng, kerana Masjid Besar Air Hitam sedang dalam Pembinaan.  Sampai di pintu rumah  hidung aku dah kembang kempis kerana semerbak rempah sate telah mertebaran di ruang rumah kerana petang tadi mereka adik beradik telah mencucuk ayam untuk membuat sate.  Apa lagi tinggal order sahja lah.. Habis sepinggan sepinggan lagi... dengan sipembakar sete pun turut melurut ke dalam tekak mereka, takut bila habis bakar tinggal bara sahaja.  

Tuesday, August 23, 2011

Angin Perubahan 2011

Dari 1999 hingga Ogos 2011 inilah kenderaan yang banyak jasanya pada Saya.  Pembelian ini amat diutamakan kerana tanpa dia saya mungkin sukar bergerak apatah lagi ketika itu anak saudara saya perlu di bawa setiap minggu ke Institut Jantung Negara untuk mendapatkan rawatan.   Setiap 3 bulan sekali  dia akan di bawa menerima rawatan. Rasanya dia nie lebih beruntung dari tuannya. Tuan dia kalau tak betul-betul punya sakit tak akan pergi jumpa doktor punya. 


Saya percaya jika rawatan yang yang dibuat mengikut skala yang betul pastinya kualiti dia akan sentiasa berada dalam keadaan yang bagus.  Namun perubahan cara kehidupan dan masalah jalan yang pesat membangun berserta dengan penambahan bilangan saudara dan suku sakatnye yang berkembang biak , tuannye telah mengambil keputusan menolak dia kepada Kenderaan Terpakai.  Itu pun kerana Tuan dia sudah tidak mampu meredah kesesakan dengan menekan clutch sampai nak kelenguh.

Ini kereta menyambut Syawal Tahun 2011



Ramadhan Pergi Aidil Fitri Menjelma Lagi

Ramdhan telah mencapai 24 hari. Tinggal 6  hari sahaja lagi untuk umat Islam berpuasa menahan diri dari Lapar dan Dahaga juga dari perbuatan yang membatalakn puasa.
Tahun ini Awal Syawal dan menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia jatuh pada tarikh 31 Ogos 2011.  Apabila sesuatu perayaan itu disambut pada hari atau tarikh yang sama, makanya cuti bagi semua akan berganda-ganda.  Seronoknye apabila ini berlaku.. cuti dapat ditambah sehari lagi... ziarah menziarah menjadi tambah meriah.  

Pada Tahun ini sekali lagi saya bertemu Mantan PM, Tun Dr Mahathir di Pasar Ramadhan Jalan Raja Alang pada Hari yang ke 3 Umat Islam Berpuasa.   
Handsome PM Malaysia

Wednesday, August 17, 2011

Boss Pergi Umrah Lagi

Bulan Ramadhan Sekarang ini. Ramai Orang Pergi Menunaikan UMRAH di Tanah Suci Kota MEKAH. Bagi Yang Tidak Mempunyai Tangunggan dan jugak mereka yang sudah Kaya eloklah mengeluarkan belanja menziarah Tempat Kelahiran Nabi Muhammad S.a.w serta menziarah Rumah ALLAH. Yang Mempunyai Tangunggan yang ramai buatlah ikut kemampuan umpamanye dengan membaca AL-QURAN... Mukjizat yang Utama diturunkan Allah untuk umat Nabi Muhammad s.a.w

Ikuti Satu Persoalan DiSini 

Tuesday, March 15, 2011

Minuman Jus Veema untuk kesihatan


* VeMMA ialah MLM bisnes tapi dibuat lebih secara online. jadi
anda boleh berniaga hanya dari rumah.

* Vemma merupakan company networking yang menjalankan perniagaan
jualan produk Mangosteen Plus /Jus Manggis yang terbukti keberkesanan
dalam mengubati perbagai penyakit.

* Syarikat beribupejabat di USA dan telah ada di merata negara,
kini sudah beroperasi lebih 14 tahun dan ada cawangan di lebih 57 buah
negara.

* Di Malaysia, baru 2 tahun, jadi peluang kita untuk menjadi orang
terawal dan leader amat cerah memandangkan pengguna internet di
Malaysia sudah mencecah 15 juta dan akan bertambah setiap tahun.

* VeMMA sudah melahirkan beberapa jutawan di dunia dan di
Malaysia, sudah ada rekod tercipta , ada yg sudah memperolehi lebih
RM20 ribu seminggu.

* Di daftarkan dlm akta syarikat, mempunyai sijil AJL
(AJL931611)yang sah dan sijil halal. Office di Malaysia beroperasi di
alamat berikut;

* VEMMATRITION SDN BHD (713201-U) (AJL931611)

23-3 Block D, Jaya One,72-A Jalan University,
46200 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,Malaysia.
Telefon : +603 7955 2222
Fax : +603 7956 2222

Jadi di dalam VEMMA kami ada sistem sokongan dari segi online iaitu
SISTEM VEMMABUILDER.

System vemmabuilder adalah virtual officce yang hebat yang mengatur
downline, auto followup dan auto responder untuk kita dan memberikan
downline walaupun baru register percuma

Wednesday, March 9, 2011

Cucu En Raja Halinuddin

Tanggal 10 Mac 2011. En Raja dikurniakan cucu perempuan dari anaknya Raja Zahir dan Puan Hilyah. Di lahirkan di Prince Court Jalan Tun razak. Berat baby 2.8kg, di beri nama Raja AneesSa'adah.

Sunday, February 13, 2011

Motor dan Penunggang Motor

Pagi ini ketika melalui jalan kecil dihadapan hospital Tawakal yang baru di Jalan Pahang, kelihatan kemalangan kecil berlaku diantara motosikal dan kereta Volvo. Nampak gayanya kereta volvo itu mengalami kerosakan kecil dengna bumpernya yang kemek sedikit. Sedangkan si penunggang motosikal pula terduduk dikaki lima jalan. Taklah nampak parah, mungkin tergolek atau mungkin motor dia bergesel aje dengan volvo itu. Jalan tak sebok itupun masih ebrlaku trajedi jugak?

Sudah menjadi kebiasaan aku , melalui jalan kucing untuk ke pejabat aku yang terletak di desa aman puri kepong. Sekali lagi aku terlihat satu kemalangan di jalan kuching, berdekatan dengan bulatan duta, sebuah motor berlangar dengan kereta, kelihatan penunggang tersebut tertiarap dijalan raya, masih bertopi keledar lagi, Apalagi Mat-mat motor pun telah mengelilingi dan menolong mengawal lalu lintas. Jem gilalah jalan ke bandaraya. Yang pastinya mereka yang masuk pukul 9 pagi akan tertunda masuk jam 10 pagi. Itu kalau nasib baik, anggota polis datang awal, kalau lambat lagi parah, jam 11.oo lah baru masuk ke pejabat.

Oleh itu, jika sebelum ini aku memandu 90 km/jam, mula lah aku memperlahankan sedikit kepada 80 km/jam.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul , esok 15hb Februari, 2011