Ekstrak Kacip Fatimah

Email Address:
Name & Phone:

Put a website form like this on your site.

Tuesday, December 21, 2010

Juliana dah berhenti

Hari Jumaat yang lalu 18 Disember 2010 merupakan hari terakhir Juliana Bosek bekerja sepejabat dengan Akak. Macam mimpi pulak bila pagi Isnin tu, dia tak ada. Namun dari rumah "mind' dah set dah memang akan tinggal sorang-sorang aje kat pejabat. Bererti makin kurang nak sembang dengan kawan yang lain.

Susahnye nak download gambar kat sini. Ingat nak tunjukkan gambar Juliana yang manis jelita kat sini. Mesti ramai orang tergoda. Senyumannya meleret panjang.



Pada Bulan Julai Tahun 2012, Juliana telah dimiliki , begitulah yang dikhabarkan di dalam FB dia. Selamat memempuhi fasa baru dalam kehidupan.  Doa akak untuk JU... Mohon allah panjangkan Jodoh hingga tertutup mata kalian berdua-duaan. Amin

Friday, December 17, 2010

TASEK MERAH

Percutian pada kali ini, telah membawa aku ke Tasek Merah bersempena dengan Majlis Perkahwinan sahabatku, Rosmah Hassan pada 11 Disember, 2010. Pemergian ku bersama dengan Faridah. Lena dan Juliana.

Tuesday, July 6, 2010

New template Design

Hari ini entah mengapa akak  terbuka lah blog akak  ini yang dah lama ditinggalkan sepi. Oleh kerana dah jemu dengan template yang berwarna Pink, akak  tukar dengan template baru ini, yang akak  rasa lebih menarik. jejak-jejak yang tinggal dibelakang tulisan ini bagaikan bebola mata yang menari melihat pergerakan  salji putih.

Sekali lagi akak akak tukar template ke warna merah hati bulan Julai, ini.  Tambahkan cantik setelah mendapat pelajaran dari blog kepunyai orang .  Terima kasih kepada pengajar yang memberikan ilmu percuma .   Nak Belajar

Sunday, June 6, 2010

Kembali Berkarya

Agak lama juga aku tidak memasukki dunia penulisan aku ini. Entah kenapa hari ini aku rasa nak menulis semula. Mungkin terkedu dengan bermacam, pelbagai promo iklan yang masuk dalam email folder aku. Pelbagai promosi tentang menjana pendapatan dari seperingkat, dua peringkat , tiga peringkat hingga lah tak terkira...... kira. aku rajin juga mengikuti perkembangan promosi ini, membaca dari satu halaman ke satu halaman, kiranya yang telah menjadi jutawan secara diam atau secara senyam di dalam Malaysia ini, tentu dah ramai. Harap-harap setelah menjadi jutawan mereka tidak pula lupa daratan. Ya lah, pentik aje jari semua mari. Aku tumpang gembira dengan kejayaan mereka. Pendapatan 7 angkat dapat mereka Jana. Itulah berkat memegang cogan kata "BERUSAHA TANGGA JAYA".

Cukulah setakat ini , sessi memanaskan jejari.

Thursday, September 17, 2009

Aidil Fitri dan Ramadhan yang akan berakhir

Hari ini aku dipejabat, bersama  Azmi dan juga Awik. Yang lain semua dah cuti .  Rasa sunyi semacam aje.  Nak buat kerja pun dah tak ada mood.   Oleh kerana dah tak ada rasa nak buat kerja ofis , jadi aku pun mulalah menulis kat blog aku nie, setelah sekian lama ditinggalkan sepi tanpa cerita.

Malam Rabu yang lalu, malam terakhir Imam Masjid Mekah menjadi Imam di masjid Kampung Baru.  Malam itu di adakan  malam penutup Tadarus Quran dan penyampaian saguhati untuk peserta. Sudah bertahun aku tidak mengikuti amalan bertadarus di Masjid.  Malah kali terakhir pun aku tak ingat dah.  Aku cuma bertadarus  di rumah sahaja.  Dan pada tahun ini, aku membaca hanya sampai juz ke lapan belas sahaja, berbanding pada tahun lepas sampai juz yang ke dua puluh dua.  Walau pun begitu aku dapat pula mengikuti sembayang malam untuk malam kesepuluh terakhir Ramadhan.  Alhamdulillah.  Oh maaf, aku bukan menunjuk-nunjuk, tetapi dengan adanya cacatan disini dapatlah aku mengingat kembali apa yang telah aku lakukan sepanjang Radhan tahun ini.

Kemeriah menyambut hari Raya dah mula terasa, apatah lagi melihat Iklan  Petronas, tentang anak-anak mencari daging untk dimasak oleh ibu dipetang raya, sebaliknya mempersembahkan se ekor lembu kepda ibu mereka.  ' Bukan daging sahaja yang ada, hati limpa, paru jantong, semua ada, ibu" anak menyampaikan  cerita, sedang ibu telah mula terkejut dan jatuh pengsan.  Kini  jalanjalan raya pula dah mula beransur menghadapi sedikit kesesakan.  Setiap kereta menuju ke destinasi yang berbeza,  Untuknya pada tahun ini  Konsesi Lebuh raya Pantai Timur memberikan  tol percuma kepada pengguna yang menuju ke Timor dengan perjalanan mula dari  pukul 12 tghmalan hingga 5 pagi.  Begitu juga pada 24 September 2009 nanti. 

Konsesi Lebuh raya Utara selatan pula memberikan potongan sebanyak 20%.  Alhamdulillah.  Jimalah juga.
Aku akan bertolak balik dengan lina jam 4 pagi malam nanati.  Aku berharap dapat sampai di Felda Maokil jam 8 pagi.  Boleh lah nanti aku menganyam ketupat. Apa yang pasti kereta kancil aku tu akan penuh dengan pelbagai jenis kueh yang di tempah Lina untuk menjamu tetamu di pagi raya.  Aku tempah juga kueh. 'Malatof" nama kueh tu, dari Manji.  Tapi tak da rezeki. Dah tak boleh buat lagi sebab dah terlambat order. Nasiblah.  Lagipun aku nak bawa ke mana kueh itu nanti.  

Wednesday, September 2, 2009

Ramadhan, Diet dan Kurus Badan

Apabila bercakap pasal Ramadhan, orang akan berkata inilah masanye untuk menguruskan badan, mengurangkan makan, menambah amalan yang selama ini terlepas pandang. Itu hanya impian, jika terlaksana baguslah, tetapi ada ramai orang yang impian hanya tinggal angan-angan. manakan tidak, bila tiba saja waktu berbuka, belum apa-apa jam 4.30 petang dah berpusu ke pusat jualan Juadah berbuka. Tak sampai sepuluh minit dah bergantungan beg plastik di tangan. Nasi Ayam ada, nasi kerabu ada, nasi ketupat ada, nasi berani ada. Itu belum termasuk kueh-muehnye pulak. Kueh lapis, donat, koci, apam balik, tepong pelita, aa.... macam-macam lagi. Semua jenis masakan nak rasa, yang akhirnya akan membawa pembaziran, bila perut tak mampu nak tampung.

Kalau sebut pasal air pulak, air tebu, air kelapa, air katirah, air bandung, air cendol dan macam=macam jenis lagi, itu tak termasuk air sirappp....... Anak tekak besar, perut gendut, akhirnya akan tertinggallah amalan-amalan yang hendak disempurnakan di bulan yang Mulia ini. Mudah-mudahan anda tidak termasuk dalam senarai orang yang sebegini.

Bercerita pasal diet, kurus dan kurang makan ini juga, suka saya membawa cerita pelbagai jenis produk untuk di rasa atau sebagai makanan tambahan yang menyihatkan pada bulan Ramadhan yang mulia ini. Umpamanya Jus-mate5, yang terhangat di pasaran saat ini. Sehangat iklan-iklan di surat khabar dan internet. Promosi menjadi jutawan juga lebih gila dari produk yang dijual. Alhamdullillah..... jika benar menjadi jutawan. Jangan lupa belanja kengkawan makan , atau pun bagi percuma sepeket dua kepada kawan-kawan untuk menguruskan badan. Kempen sejati, baru menjadi. Buat masa ini belum lagi saya mencubanya. Tunggulah apabila dah ramai orang yang tidak berisi saya jumpa di mana-mana.

Satu lagi produk yang terhangat di pasaran sekarang ini , Trace Mineral . Letak 10 titik ke dalam minuman pagi dan petang, insyAllah boleh menjadikan badan bertenaga , tidak mengantok dan cergas. Boleh dapatkan disini jika mahu mengetahui khasiat Trace Mineral ini.
http://www.revellnetwork.com/index.php?id=myrevellshop

Tuesday, August 25, 2009

DIA Lebih Mengasihi.....



ATONGKU SAYANG

Jam 3.30 pagi telefon aku berbunyi, menandakan aku mesti bangun untuk melakukan sembahyang malam, sebagai menambah amalan di bulan Ramadhan tahun ini. Aku mengusap Atong yang tidor di sebelah aku. Dah dua hari Atong sakit. Lemah dan pucat jelas kelihatan. Sebelum tidor malam tadi beberapa kali aku sudukan dia susu untuk mengalas perut. Dari semalam dia tidak makan. Tentu lapar benar-benar.



Aku sudukan dulu air masak kepada Atong. Malam tadi galak benar dia menjilat susu yang aku bagi. Seketika aku berhenti, mengusap-usap lagi tubuh Atong, yang lemah dan tidak berdaya. Wajah Atong dah bertambah pucat , tidak berdarah. Mata Atong pun dah macam hilang cahaya. Selalunya kalau di panggil dia pasti berbunyi kecil. Tiba-tiba Atong tersedak, aku terus bangunkan Atong. Atok terus juga tersedak dan berbunyi nyaring. Memancut susu dari rongga mulutnya. Habis terkeluar..... Aku usap dan terus mengusap badan Atong dengan rasa sangat sedih. Air mata merembis keluar,.... aku tahu Atong mesti aje nak pergi jauh. Terkujat-kujat Atong sambil menjerit menahan kesakitan. Tak lama selepas itu aku lihat Atong dah tak bernafas lagi. Akhirnya Atong mati di ribaan aku. Aku pandang jam didinding. Pukul 3.44 pagi. Agaknya dia memang nak mati di depan aku. 'Innalillah........' berkata hatiku. 'Dari DIA kita datang kepada DIA kita kembali. Aku tidak menanggis, cuma aku kemaskan tempat tidor Atong. Buang kertas-kertas yang aku jadikan alas tidor sebelum aku letakan dia atas tuala mandiannya.


Hari ini juga merupakan hari kelima umat Islam berpuasa di Bulan Ramadhan yang mulia. Pemergian Atong juga merupakan tahun kedua Kakakku pergi menemui ILLAHI. Semoga Atong dapat jumpa dengan kakak aku terlebih dahulu di Syurga, begitu harapanku.



Selepas menunaikan Solat Subuh, aku duduk dikatil tempat Atong menghembuskan nafas terakhirnya. Aku sebak dan menitis air mata lagi. Ina, anak saudara aku datang menenangkan, sambil berkata, 'makbul jua doa Ina, agar Atong dibawa pergi , bagi mengurangkan penderitaan dia. Lebih kurang jam 7.00 pagi aku kebumikan Atong di bawah pohon NONA bersebelahan jambakan bunga biru, tempat Atong selalu menyiram dengan pewangi aslinya. Banyak tempat juga aku mencari kawasan yang sesuai untuk menanamkan Atong. Dua tiga tempat aku gali, tanahnya keras dan berbatu. Akhirnya Aku kembali semula di bawah pohon Nona , tempat yang pertama aku gali untuk menanam Atong. sambil bermunajat pada ALLAH, agar memudahkan aku menggali. "Alhamdullilah, maha suci ALLAH". ALLAH permudahkan usaha aku , apabila tanah yang digali amat gembur. Dapatlah aku menggali dengan dalam lagi, semuat-muat tubuh Atong. Kemudiannya setelah berpuas hati aku masukkan Atong yang telah aku bungkuskan dengan kain batikku. Aku pasti merindui Atong... 'SELAMAT JALAN ATONG. MOGA KITA BERJUMPA DI AKHIRAT NANTI'.