Ekstrak Kacip Fatimah

Email Address:
Name & Phone:

Put a website form like this on your site.

Tuesday, September 4, 2007

Acak Beranak Lagi




3.9.2007

Pagi nie Acak beranak lagi, 2 ekor semuanya. Hitam penuh dan seekor lagi hitam putih . Belum tau lagi berapa jantan dan berapa betina. Si Castello duduk menunggu Acak (ibunya) beranak. Siap tolong bersihkan muka ibunya lagi. Dan Acak pulak bila Castello hilang dimata, mula lah dia bergerak dan mengiau . Aku ambil Castello letak semula dekat Acak.

Pulang dari kerja aku lihat baby Acak 3 ekor. Tambah se ekor lagi warna merah, hitam dan putih. Pastinya yang terakhir ini betina.

Ini merupakan kali ke tiga acak beranak. Anak yang pertama 3 ekor juga. Hitam dua, putih kelabu se ekor. Kesemuanya mati. Sazuka mati waktu kecil lagi, kurang susu. Se ekor lagi mati sebab sakit perut dan ketiga mati sebab kena buang jiran aku. Kemudiannya Acak beranak lagi, keluarlah Castello, se ekor aje hujung bulan mei 2007.


Sayang nak buang Acak, sebab dia cantik dan besar badan-nya. Waktu kecil dulu Acak selalu sakit perut, berak cair. Aku tonggangkan minyak gamat kat Jubornya. Setiap hari sekali. Akhirnya sakit perut Acak pun hilang. Aku terus beri minum minyak gamat sesudu sesudu. sehingga Acak benar-benar pulih. Sebab itulah Acak kini mempunyai saiz yang besar dan sehat. Acak paling suka makan Ikan rebus. Kalau dah rebus, maunya sepuluh ekor pun tak cukup. aku beri Acak Ikan sadin kukus. Castello pun begitu juga. Bila dah makan terlentang atas tilam, mati tak sedar diri.

Sayang Acak.

Wednesday, August 29, 2007

Nasi Lemak enam puluh sen

30.8.2007

Malam tadi berssama Lina aku makan nasi lemak di padang kelab selangor kampung baru.

Sambil makan kami menonton siaran Langsung Bolak Sepak Merdeka antara malaysia dan Mymar dengan kesudahan Malaysia 3 - 1

Alhamdulillah, akhirnya pemain Malaysia dapat membangkitkan kecermerlangan disaat Malaysia mencapai Kemerdekaan yang ke 50 Tahun.

50 Tahun Kemerdekaan Negara

Diam tak diam, dah 50 tahun negaraku Merdeka.
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Malam ini aku merancang dengan anak saudara ku Zalena untuk pergi bersiar-siar di Dataran Merdeka.

Apa erti kemerdekaan buat diri ku.

Aku lahir enam tahun selepas negara mencapai kemerdekaan. Biarpun begitu aku masih lagi merasa makan nasi bercampur ubi kayu. Emak masih lagi menanam padi bersama kelapa. Masa itu aku masih duduk di rumah sawah. Bila kesekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Temiang, Muar terpaksa menyeberang Sungai Muar. Mendayung sampan, menongkah arus , dihanyut air pasang besar, dah menjadi asam garam dalam hidup aku. Semua ini masih tergambar di kotak ingatan.

Aku masih ingat selepas pulang dari sekolah, berehat seketika, aku dah mula turun ke sawah, menyusur batas padi mencari anak tempala, ikan keli, haruan atau puyu. Jika dapat jerit pekik memanggil emak yang tengah membongkok mencabut rumpai.

Ah.... terlalu banyak kenangan yang tidak dapat dilupa. Apatah lagi kenangan bersama Emak tersayang yang kini telah tiada.

Maaf aku tak bisa menghabiskan cerita ini , ianya sangat meninggalkan kesan dihati ...

Monday, August 27, 2007

Koleksi Tidur














Jerry , tak sedar selepas menbedal 5 ekor ikan kembong rebus.









Jerry Selepas makan, tak sempat nak masukkan lidah, dah terpejam.









Bunga kaktus






Hari ini tak ada apa-apa aktiviti nak tulis, Walaubagaimana pun pagi tadi selepas hidupkan injin kereta, mata aku melilau kesekeliling rumah, ternampaklah objek yang amat mengembirakan. Bunga kaktus, yang berjuntai itu telah mula mengeluarkan bunga, walaupun hanya dua jambak.







Sunday, August 26, 2007

Anak Halal



25.8.2007




Malam minggu ini, aku, ina dan yatie pergi menonton Filem Anak Halal di DePalma Ampang.




Dapat tangkap gambar Fasha Sanda dan Maya Karin.

Wednesday, August 22, 2007

Hospital Besar Kuala Lumpur

23.8.2007



Ada temujanji dengan Pusat Pakar HKL. Biarpun kata Doktor Thein, dah tak ada lagi tanda2 penyakit Bengkak hati atau 'Yellow Fever" tapi doktor masih juga memerikan Temujanji untuk enam bulan akan datang.



Apapun kata doktor, aku ikut sahaja. Apatahlagi kos rawatan susulan hanyalah RM5.00 Jika di kira dari segi kos, ianya memanglah tidak memadai. dengan RM5 manalah nak bayar upah pekerja, Upah seorang doktor pakar, caj letrik dan air juga kos untuk alat tulis.



Apapun aku ucapkan Terima kasih kepada Kementerian Kesihatan Malaysia amnya dan kepada Pemimpin yang berjasa menerajui negara.



8 hari lagi menyambut Kemerdekaan Negara yang ke 50 Tahun .

SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN NEGARA YANG KE 50 TAHUN . Mudah-mudahan keamanan , toleransi bebas beragama , bebas kemana-mana akan terus berkekalan paling tidak pun hingga hujung nyawa aku ini......


Tak sanggupnya rasanya mengharungi kesengsaraan sebagaimana diharungi oleh penduduk IRAQ pada masa ini. Semua keamanan dan kesenagan hidup yang diraih sebelum peperangan hancur berkecai.

Semasa membaca Utusan Malaysia hari ini, aku menemui sebuah sajak tentang Stadium Merdeka, tempat dimana PM Pertama, Tunku Abdul Rahman melaungkan "MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!"

Alangkah baiknya sekiranya, Laungan ini dipaparkan selalu di kaca TV.