Ekstrak Kacip Fatimah

Email Address:
Name & Phone:

Put a website form like this on your site.

Thursday, April 5, 2007

Mimi nak Bedah di Institut Jantung Negara



Semalam aku dapat massage, Mimi budak sabah (Kawan lena) nak operation kat IJN. Jantung dia dah tersumbat teruk. Lina pulak ada dua lubang kat jantung dia, sebagaimana di kata kan oleh doktor pada tahun 1998. Kata doktor kat IJN tu, lina dijangkakan dapat bertahan lebih kurang 10 tahun aje lagi. Canpur tolak , gedebak, gedebuk, pejam chelik, ini bererti tinggal lagi setahun dua aje dia dapat ku tatap wajahnya. Ya Allah, semakin sepi aku rasanya. Satu-satunya anak saudara yang tinggal dengan aku semenjak penyakit Jantungnya di kesan. Tulah gambar lena, dengan Buyok.

Tuesday, April 3, 2007

Kerja lagi

hai, boring betul le. semua kengkawan gi makan dah , lum pun pukul 1 ptg. dia orang dah lapau agaknya. entah. Nampaknya makan sorang-soranglah nie.
kat pejabat sekarang nie ada Chief, wan , zaini dan John. Tadi Awik datang, tapi dah balik. Tak keja lagi nak buat.

Malas sungguh ari nie. Entah napa.

Monday, April 2, 2007

Kawan Aku kat Pejabat


Inilah Yati, Kawan aku yang cuti , balik kampung di Alor Setar. Katanya ayah dia sakit. Semoga dia selamat kembali ke Kuala Lumpur.
Cun gila...

Kuala Lumpur - Kota Tinggi


Aku balik dari Kota Tinggi malam 1 April 2007. Jam 12.00 tengah malam. Sampai Kuala Lumpur jam 4.40 pagi 2 april 2007.


Ngantuk nya..... Aku balik dengan Cik Rubiah.

Ini gambar Jerry .

Yati cuti lagi

Hari nie dapat pangilan dari Azah, ala kawan Yati yang kecik molek tu. Kacau betul, dia siap-siap jadi penemuduga lak. Siap tanya bayak soalan lak. Macam Chief Inspector Police.

"Siapa kat sana" Tanya dia.
"Faridah". Jawab aku. Dia tanya lagi.
"Budak baru ke"?
"Ah ah... " kata aku.
"dah lama kerja?" ye... banyak lak songehnya.
"Baru lagi. Minggu lepas." Aku jawab.
"Baguslah cara jawab". kata dia lagi.
"Syarikat kita, hantar training".... dan macam-macam lagi dia tanya.
Akhirnya dia kata, aku jawab tak bagus...... memanglah, aku bukan suka jawab telefon. Dia nak ajak aku gayut lagi. Mintak maaflah, aku bukan kaki gayut punya. .....
Lain kali Azah, ajak Cik Yati gayut. Berjam-jam dia boleh .............

Ini orang suka hantar macam-macam dalam peti email aku. Kalau dia hantar perkara yang mengaibkan orang lain, aku balas balik. Jangan suka sebarkan kekurangan dan aib orang pada ramai orang. Kalau baik punya orang pergi hantar pada orang yang terlibat bagi tau dia apa hukumnya dia buat begitu.

Lagi satu , kita cermin diri kita sebelum kita cerminkan aib orang di cermin (peti email) orang lain.

Sampai jumpa lagi.

Aku pun bukannya baik sangat, cuma tak mahu bertambah tak baik disebabkan suka menyebarkan aib orang.

Balik Kota Tinggi


Saya balik kampung le. Tengok anak sedara, Ipin tu , ala yang kemalangan dihujung bulan Februari 2007 . Balik sekali untuk jemput Kekanda ku Cik Rubiah pulang semula ke Kuala Lumpur.
Apalah yang nak diceritakan pasal anak sedara kita yang kemalangan hari tu. Masih macam tu. Kita pun dah tak leh , dan tak terkata apa-apa. Belum cakap dah menitis air mata. Ialah dari dapat melihat segala-galanya , dalam sekelip mata , penglihatan hilang , menjadi gelap pekat, tanpa cahaya walau secalit pun.......
Oh Tuhan...... musibah datang tanpa disangka.

Monday, March 19, 2007

Kuala Lumpur, Ibu Kota

Sampai Kuala Lumpur, ibu kota Malaysia jam 7.30 petang, hari Jumaat.

Tak turun kat dalam Pudu Raya, turun kat luar aje. Nampak banyak Teksi dengan pemandupemandu yang berbaju putih. Aku jalan menonong, tegak semacam aje. Ingat nak ambil teksi kat tempat menunggu, Jangan haraplah, memang tak ada. Yang bersidai kat tepi jalan naik ke Pudu Raya tu banyak le.. Ada yang tanya "Nak kemana?"."Kampung Baru" kataku."RM15" katanya. "Gila" dalam hati aje kat. Mereka ingat aku nie tak pernah datang KL agaknya. Yelah kalau dipandang sekali lalu , wajah aku memang macam orang sana tu...tu... orang PATIlah. Tapi kalau pandang dua tiga kali macam Datuk Siti N..... eh..eh.. ekh..ekrr... Perasanlah aku. Entah kenapa, aku jalan-jalan keliling Mydin lepas tu gi pulak dekat area Pasar Seni. Jalan-jalan aje tu. Konon nak dapatkan Bas terus ke Kampung Baru. Tak ada Le... Ma'aflah, aku memang tak biasa naik bas sejak 6 tahun Lepas, Almaklumlah, aku dah punya kereta. Kereta Kancil Warna Maroon.
"Tengah tulis tulis nie datang pulak Cik Noorhayati kawan baik aku nie, minta doakan dia emmmmm..... , nie pasal dia dengan cerita aku nak gi Buat Umrah bualan Mei tahun nielah tu...." InsyaAllah....
Oy ya. aku dapat naik Bas Metro No 6, turun kat Stadium Jalan Raja Muda. Jalan kaki 10 minit damapi lah kat rumah di Jalan Raja Mahmud Kampung Bahru.
Habis lah cerita kesa aku ke JB dan balik semula Kat Kuala Lumpur, Ibu Kota Malaysia.
Bila tulis Ibu Kota, aku teringat kat watak Aziz Kota kat TV3, Apa khabar dia agaknya?.....dalam slot Melodi, tak salah aku...