Ekstrak Kacip Fatimah

Email Address:
Name & Phone:

Put a website form like this on your site.

Monday, January 21, 2013

Sekali Mencuba Terlepas, Dua kali mencuba Terus Menggila

Sekali air bah , sekali itu juga manusia berubah

Perasaan  menjadi semakin tidak keruan bila tahu ada orang yang salah gunakan kedudukan dan kemudahan yang diberikan.   Tambah lagi melihat kepada persenaliti dan kata-kata yang keluar dari dua bibir yang bertaut, Merah, Jingga, oren dan Pink.  Munggil dua bibir ini dan manisnya kata-kata belum dapat dikenali siapa yang empunyanya.

Kepayahan menilai lagi terasa jika seseorang itu berselindung dari pakaian yang menutup, ditambah lagi dengan tidak pernah meninggalkan kewajipan pada Illahi, diri sendiri, anak-anak, suami dan ahli keluarga tercinta.  Semuanya nampak baik dan sukar dinilai dari pandangan mata bertapa dalam kehidupan yang dilaluinya terdapat duri yang mencucuk tanpa henti, membuatkan dia atau kita alpa dari melakukan larangan ILlahi.

Maka nya dek kerana rasa ego, menunjuk diri hebat , tak mahu tunduk dengan keadaan  sebenar, membuatkan seseorang mengaku berada walau sebenarnya dia bukan orang berada. mengaku kaya walau dia sesen tiada,  bergaya sakan, tapi hutang keliling pinggang.

Lalu aku mengingatkan diriku juga pembaca agak tidak terjebak dalam kancah peperangan Pecah Amanh yang boleh meragut seluruh kebahagian dan nilai diri untuk semua ahli keluarga tercinta.

Bayangkan apa yang terpaksa kita pulangkan pada Alam satu lagi bila kita kembali kepada Sang Pencipta.