Ekstrak Kacip Fatimah

Email Address:
Name & Phone:

Put a website form like this on your site.

Monday, February 20, 2012

Setelah 4 bulan Menghadapi Saat Getir itu - Emak Jatuh sakit

Masuk 19Hb Oktober 2011= 19 hari
November 2011 = 30 hari
Disembr 2011    = 31 hari
Januari 2012      = 31 hari
Februari 2012   = 20 hari

Total                 =   131 hari  .  

Ini bermakna sudah 131 hari Zalena duduk di IJN.

Laman ini hanya untuk menghitung hari sehingga Lena keluar IJN.

Apa berlaku pada hari ini

Jam 7.00 pagi keluar dari IJN balik rumah di Kampung baru.   Singgah sebentar beli mee goreng untuk sarapan pagi .
Jam 10.oo pagi keluar ke Pejabat di Kepong untuk meneruskan rutin kehidupan seperti biasa
Jam 1.57 ptg terima call dari HP En Ali kata dia isteri dia masuk Ampang puteri Hospital sebab doktor kat sebuah klinik lain telah membuatkan Isteri En Ali pengsan dua kali.  Doktor kat Ampang Puteri kata dia elergi dengan ubat yang dicucuk itu. Hati rasa tak senang sebab Tiada orang melawat Lena di IJN.
4.23 ptg Terima call dari Lena... Nampak suaranya agak ceria (JIka dua hari sudah percakapannya tak jelas, kena letak telinga dekat mulut dia, sangat tak berdaya) Dia tanya "Mak Chik dah Tau?" "Dah jawabku ringkas.  Tentu sahaja dia tanyakan apa yang terjadi pada Ibu dia.Mak Chik dengan dia untuk datang melawat dia petang ini.

Sekarang dah jam 5.38 pm... masa untuk pulang.  Acik akan singgah sebentar di IJN menjenguk Lena. Kalau dia ok , Acik dapatlah tidur di rumah... Boleh jugak mengendurkan Otot2 yang telah mengecut lantaran menanhan kesejukan yang teramat-amat di Wad IJN itu...  Tak taulah bagaimana para jururawat boleh bertahan dalam kesejukan, apatah lagi pada waktu malammmmmmmmm.... hhmmm hhmmm ..