Ekstrak Kacip Fatimah

Email Address:
Name & Phone:

Put a website form like this on your site.

Monday, August 20, 2007

Lurah Bilut



18.8.2007




Hari ini jam 10 pagi aku dan lena bertolak ke Lurah Bilut, menghadiri majlis perkahwinan bekas kawan serumah. Azizah Lazim.




Selepas menziarahi dan makan kami berangkat pula kerumah Zana di Raub. Dirumah beliau kami mejamu selera pula dengan duren-duren (durian) , rambutan, manggis dan juga langsat.




Selepas mengah mengisi perut dengan durian, kami tidur selepas sahaja selesai sembahyang dzohor. Lena dibuat mimpi indah, maklumlah telah lama tidak balik kampung, apatah lagi rumah yang dikelilingi dengan pokok buah-buahan. Jika di Kuala Lumpur , rumah dipagari dengan bangunan pencakar langit, hawa yang panas, kurang oksigen dan pelbagai masaalah yang terus menghantui penghuni kotaraya.




Pukul 6.30 ptg hari yang sama kami pulang. Jam 8.30 malam kami sampai semula di Kampung Baru.


No comments: